Bahasa

Kerajaan Selangor bidas BN mainkan isu Batu Caves

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bersama para penyokong Pakatan Rakyat selepas sidang sidang media mengenai isu pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md IzwanExco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bersama para penyokong Pakatan Rakyat selepas sidang sidang media mengenai isu pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md IzwanKUALA LUMPUR, 27 Okt —Dakwaan ahli politik Barisan Nasional (BN) ke atas pembinaan kondominium di Batu Caves sama sekali tidak berasas, kata ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu pada sidang media hari ini.

Ahli dewan undangan negeri (adun) Pandamaran tersebut juga berkata penjelasan oleh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay semalam sebagai satu pembohongan kerana menafikan "Kebenaran Merancang" adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan.

"Penjelasan oleh Kohilan mengatakan "Kebenaran Merancang" adalah bukan kelulusan melaksanakan sama sekali mengarut.

Pelan pembinaan oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd yang dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatan Pelan pembinaan oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd yang dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatan "Mana ada perkara kelulusan melaksanakan seperti yang dikatakan oleh Kohilan.

'Kebenaran Merancang' adalah kelulusan kepada pemaju untuk membina projek tersebut," kata Ronnie.

Ronnie juga membidas bekas ahli majlis Perbandaran Majlis Selayang (MPS) kerana berlakon tidak tahu tentang projek kondo, Dolomite Park Avenue tersebut.

"Mana boleh dia tidak tahu? Mana boleh dia kata pemaju hanya mengatakan akan membina lot kedai sahaja disini. Hari ini saya bawa pelan pembinaan yang meliputi lot kedai dan kondo yang diluluskan oleh MPS.

"Bagaimana dia kata dia tidak tahu tentang kondo ini? Jelas sekali dalam pelan ini ada menyatakan tentang pembinaan kondo," kata Ronnie lagi.






























 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.