Bahasa

Kerajaan tunai 18 tuntutan Cuepacs sejak 2007, kata presiden

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata presidennya Datuk Omar Osman.

“Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain,” katanya (gambar).

Beliau berucap pada pemberita pada Majlis Makan Malam Cuepacs Bersama Media di sini malam tadi.

“Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini.”

Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka.

Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya.

“Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya.

Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media ketua unit foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments