Kes jenayah pecah amanah bekas CEO Sime Darby mengejutkan, pembangkang desak siasatan lanjut
KUALA LUMPUR, 18 Julai — Dakwaan pecah amanah terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid semalam dalam pembelian tanah adat di Sarawak telah menyebabkan DAP mendesak kerajaan untuk mengeluarkan ‘Kertas Putih’ dalam operasi konglomerat kerajaan yang mengalami kerugiaan besar sebanyak RM1.7 bilion dari unit kejuruteraan pada tahun 2010.
Lelaki berusia 55 tahun itu menghadapi dua pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan menipu untuk mendapatkan tanah adat hak orang asal (NCR) melalui gergasi perladangan dan hartanah Sarawak, Rancangan Pengembangan Hulu pada 2008 dan 2009. Beliau mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM200,000.
“Ia sangat mengejutkan selepas segala pertuduhan salah urus dan penyalahgunaan di jabatan Kejuruteraan Sime Darby yang menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1.7 bilion. Zubir kini didakwa di atas pertuduhan CBT dalam pembelian tanah NCR di Sarawak,” kata setiausaha publisiti DAP itu kepada The Malaysian Insider.
Semua dalam industri perladangan merasa hairan mengenai dakwaan terhadap Zubir oleh kerana projek pengembangan di Sarawak pada ketika itu diketuai oleh Satuk Azhar Abdul Hamid yang mengepalai Perladangan Sime Darby dari 2006 sehingga 2010. Dia kemudiannya digantikan oleh Zubir yang akhirnya dipaksa untuk berhenti pada penghujung tahun 2010.
Azhar kini merupakan ketua eksekutif syarikat milik kerajaan, MRT Corporation Berhad yang sedang membangunkan jalur keretapi bandar MyRapidTransit (MRT) bagi Sungai Buloh–Kajang sepanjang 51km.
“Kita menyeru kerajaan – pemegang syer terbesar dalam syarikat tersebut untuk membuat pendedahan sepenuhnya skandal Sime Darby melalui Kertas Putih.
“Kami bimbang, ‘kambing hitam’ diwujudkan bagi menyembunyikan skandal multi billion ringgit dalam syarikat konglomerat terbesar Malaysia,” kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).
Zubir yang kini sudah menghadapi tindakan sivil dari Sime Darby dan kerajaan di atas kerugian konglomerat tersebut, ditahan Isnin lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas urusan tanah perladangan itu.
Dalam pertuduhan pertama, Zubir dituduh di atas pertuduhan gagal mengambil tindakan undang-undang dalam membetulkan penganugerahan tanah NCR di KJD/Lower Julau, Sg Julau/Sg Pitoh/Sg Jiet dan sebahagian daripada Merurun/Meluan/Entabai di Sarikei kepada Vertical Drive Sdn Bhd antara November 17 dan 18, 2008.
Beliau turut dituduh dalam tuduhan sama yang melibatkan Nature Ambience Sdn Bhd, atas tanah NCR di kuala Btg Rejang/Btg Baleh, Kapit dan separuh daripada bahagian timur yang tertinggal di Merurun/Meluan/Entabai and Julau dari November 17, 2008 sehingga Disember 4, 2009, di mana ia telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM16.8 juta kepada syarikat tersebut.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Sementara itu bagi dua pertuduhan alternatif, beliau didakwa tidak memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Sime pada 28 November 2008 dan 4 Disember 2009 yang tanah NCR di Sarikei, sebaliknya, telah dianugerahkan kepada Vertical Drive dan Nature Ambience.
Jika terbukti bersalah, beliau berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat Sime Darby Berhad, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini, antara 17 November 2008 hingga 4 Disember 2009.
Pada 7 Disember 2009, anak syarikat Sime Darby Plantation Sdn Bhd mengumumkan telah memperolehi keseluruhan kepantingan dalam Nature Ambience Sdn Bhd dari Common Enhance Sdn Bhd dengan harga RM16.82 juta untuk membangunkan perladangan kelapa sawit di Sarawak di atas tanah NCR.
“Perolehan itu membolehkan kumpulan Sime Darby untuk membangunkan perladangan kelapa sawit di Sarawak dibawah konsep baru kerajaan negeri bagi tanah NCR selari dengan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita) dan juga hak pribumi di atas tanah tersebut.
“Ini merupakan niat kumpulan (Sime Darby) untuk menggunakan pendekatan lain dalam memupuk tanah NCR yang sepatutnya dibangunkan mengikut perjanjian bersama NCR mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Persidangan Meja Bulat Untuk Kemapanan Minyak Sawit,” kata syarikat tersebut dalam sebuah kenyataan.
Kata mereka lagi, Nature Ambience yang ditubuhkan pada Disember 2008 dan akan terlibat secara prinsipal dalam pemupukan dan pengeluaran kelapa sawit, pada 2 Oktober 2009 mendapat kelulusan daripada kementerian pembangunan tanah Sarawak untuk pelaburan atau pembangunan tanah NCR sebesar 26,211ha di Kapit dan Julau selari dengan konsep baru kerajaan negeri untuk pembangunan tanah NCR.
Sime Darby berkata lagi, surat kelulusan dari kementerian pembangunan tanah Sarawak telah meminta Pelita untuk mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada Nature Ambience dengan memasukkan terma dan syarat asas kepada pihak yang berkaitan dan perjanjian bersama NCR selepas pengesahan kepentingan oleh Nature Ambience.
Mereka berkata, perjanjian bersama yang dijangka berlaku di antara Nature Ambience sebagai jentera bersama, Sime Plantation dan subsidiari Pelita iaitu Pelita Holdings Sdn Bhd akan bertindak sendiri sebagai pemegang amanah untuk hak pribumi di tanah NCR.
Di bawah skim pembangunan tanah NCR, struktur ekuiti perjanjian bersama yang dipegang oleh pelabur, pemilik tanah dan pemegang amanah adalah 60:30:10.
Mereka berkata lagi, skim tersebut adalah usaha kerajaan negeri Sarawak untuk membawa sama pemilik tanah dan tanah mereka dengan sektor swasta dan modal serta kepakaran dalam membangun tanah untuk pertanian komersil di bawah asas perjanjian bersama untuk kebaikan kedua-dua pihak.
Tujuan projek NCR adalah untuk menukar tanah NCR kepada aset komersil yang produktif serta memajukan lagi pembahagian kekayaan ekonomi yang sama rata di dalam negeri, kata konglomerat itu.




