Bahasa

Kes tembakan: Kongsi gelap punya angkara?

Pengeboman kereta dan kes tembakan oleh dua kumpulan dalam masa 24 jam telah menggemparkan pihak berkuasa dan orang awam.

Di Pulau Pinang pagi ini, seorang lelaki ditembak tidak kurang dari 10 das tembakan oleh orang yang tidak dikenali sewaktu berhenti di lampu isyarat.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 am di Jalan Anson.

Mangsa dilaporkan memandu kenderaan dengan nombor plat dari Kuala Lumpur.

Di Perak, seorang lelaki bertarung nyawa selepas terkena tembakan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Chemor, Ipoh. Mangsa 29 tahun dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menerima empat das tembakan.

Seorang ahli perniagaan terkemuka pada Isnin yang memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam turut hampir dibunuh.

Ahli perniagaan itu yang sebelum ini dikawal di bawah undang-undang pencegahan sempat melarikan diri bersama pemandunya setelah kereta Jaguarnya meletop.

Dipercayai kes yang berlaku sejak kebelakangan ini berkait dengan satu kuasa sindiket terbesar.

Dengan pemansuhan undang-undang pencegahan, bekas tahanan kini bebas dan dahagakan kerja lama mereka dan kemewahan. – 8 Ogos 2013.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.