Bahasa

Kesultanan Sulu gesa gencatan senjata di Sabah

Jamalul Kiram di kediamannya di kampung Maharlika, Kota Taguig, Manila selatan. — Gambar ReutersJamalul Kiram di kediamannya di kampung Maharlika, Kota Taguig, Manila selatan. — Gambar Reuters

susulan ramai tentera mereka terkorban dalam pertempuran bersenjata di Sabah, serta berjanji kumpulan penceroboh akan meletak senjata dan mengambil pendirian berlembut sekiranya pasukan keselamatan Malaysia bersetuju mengambil langkah sama.

Menurut beberapa siri laporan daripada saluran berita Filipina didalam laman Twitter ABN-CBS tengahari ini, jurucakap Kesultanan Abraham Idjirani berkata dalam satu sidang media di Filipina bahawa langkah tersebut bertujuan untuk mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan “jenayah keatas warga Filipina” di zon konflik.

“Gesaan gencatan senjata selari dengan kematian para pengikut di Sabah,” kata Idjirani.

“Sultan Sulu berkata pengikutnya tidak akan bertindak tetapi kekal berada ditempat mereka sekarang,” tambah beliau merujuk kepada Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu.

Idjirani menambah dengan berkata tidak mendengar sebarang berita tentang tentera mereka di Sabah sejak pagi ini, serta berharap Malaysia akan menerima gesaan keatas cadangan gencatan senjata tersebut.

“Tentera Sultan akan mengambil pendirian berlembut,” tambah beliau dalam petikannya di laman Twitter.

“Kaum keluarga akan pergi mengambil saudara mereka pulang di Sabah sebaik Malaysia bersetuju dalam gencatan senjata.”

Dalam laporan dilaman ABN-CBS, Idjirani berkata Kesultanan menggesa keganasan tersebut ditamatkan adalah kerana terdapat laporan mengatakan berlaku kematian bayi baru lahir dalam penjara ekoran operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan juga menggatakan Idjirani mengakui pendirian berlembut itu mungkin menyebabkan tentera Sulu berada dalam keadaan lemah tetapi jurucakap menegaskan ia bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia “sultan dan kesultanan berlandaskan toleransi agama Islam”.

Awal hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon menggesa supaya konflik di Sabah antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh bersenjata Sulu yang masuk ke dalam negeri Borneo tersebut ditamatkan, serta menegaskan perkara tersebut perlu diselesaikan secara aman menerusi dialog.

“Setiausaha Agung sedang memerhati situasi di Sabah, Malaysia. Beliau menggesa konflik keganasan tersebut dihentikan dan menyokong dialog diadakan antara kedua-dua pihak untuk mencari rundingan damai,” kata wakil Ban dalam kenyataan dua perenggan bertarikh semalam.

Dalam kenyataan sama disiarkan dalam laman UN, wakil Ban berkata ketua UN tersebut “meluahkan rasa kebimbangan ke atas kesan situasi tersebut terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

“Beliau menggesa semua pihak memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan bertindak mengikut lunas garis panduan hak asasi manusia antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Gesaan dialog tersebut dilihat mungkin memberi pengiiktirafan ke atas 200 penceroboh di Sabah - kumpulan yang didakwa pengikut

Jamalul, salah seorang daripada sembilan individu yang mengakui sebagai Sultan Sulu.

Media Filipina menganggarkan jumlah kematian di Sabah mencecah 40 orang, termasuk lapan pasukan polis Malaysia dan selebihnya adalah penceroboh Filipina yang telah tumpas ke tangan pasukan keselamatan negara.

Idjirani juga mengakui sekurang-kurangnya 10 daripada pejuang Kesultanan di Sabah mati, 10 ditangkap dan empat lagi cedera selepas pertempuran di sekitar daerah Lahad Datu.

Menurut jurucakap dalam laporan di laman ABN-CBS, Agbimuddin Kiram yang merupakan abang kepada Jamalul mendapati 10 anggota kumpulannya hilang selepas mereka berkumpul semula.

Agbimuddin mengetuai seramai kira-kira 200 penceroboh yang mengakui Askar Diraja Sulu di Lahad Datu, dimana mereka mendarat pada 9 Februari lalu serta membuat tuntutan ke atas bahagian utara Borneo tersebut.

Maklumat mengenai bilangan militan Filipina ditangkap atau dibunuh setakat ini masih belum disahkan oleh pegawai rasmi kerajaan Malaysia.

Menurut laporan The Star hari ini, pasukan polis Malaysia telah menahan beberapa individu yang disyaki bersimpati kepada penceroboh bersenjatan di Sabah, termasuk beberapa saudara Agbimuddin, yang dipercayai mempunyai peranan menasihati kumpulan Sulu terbabit.

Pasukan keselamatan Malaysia memulakan beberapa siri serangan ke atas militan awal pagi Selasa menerusi pengeboman dan tembakan artileri ke Kampung Tanduo sejak 7 pagi, sebelum kemudiaannya menghantar satu pasukan untuk membuat tinjauan dilokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, serangan besar-besaran tersebut dikatakan gagal mengenai sasaran serta beberapa laporan mendakwa serangan tersebut langsung tidak mengenai Agbimuddin dan pengikutnya.

Menurut laporan media, putera raja tersebut juga menelefon rumahnya untuk memberitahu bom tersebut tersasar sejauh 1km dengan lokasi mereka, sambil menambah pengikutnya sedang bersembunyi tetapi siap-sedia untuk bertempur.

Kali terakhir adik Kiram tersebu berkomunikasi adalah pagi semalam, dimana Agbimuddin dilaporkan memberitahu Jamalul tidak tergugat serta masih bersembunyi.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.