Bahasa

Ketua Umno Parit Buntar Rahman Suliman meninggal dunia

IPOH, 29 Okt — Ketua Umno Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Rahman Suliman, 62, meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kampung Kedah, Parit Buntar lewat malam tadi, demikian lapor media tempatan pagi ini.

Allahyarham Abdul Rahman dilaporkan ditemui rebah kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya selepas pulang dari menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Jawatan terakhir beliau ialah Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu laporan Bernama Online menyebut beliau yang menghidap sakit buah pinggang disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam.

Pembantunya Mohd Jamil Yahaya berkata Allahyarham ditemui terbaring dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein.

Mohd Jamil berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah sebelum Zohor hari ini.

Allahyarham meningggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd Shariff Omar antara yang menziarahi keluarga Allahyarham hari ini.

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments