Bahasa

Keupayaan syarikat tempatan industri maritim dan aeroangkasa meningkat

LANGKAWI, 28 Mac — Keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam pembuatan peralatan dan komponen untuk industri maritim dan aeroangkasa telah meningkat dan berkembang maju, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya gembira kerana nampak kemajuan (pengeluaran) dari dalam negeri (yang) telah meningkat begitu tinggi sehingga hampir semua keperluan kita boleh dibuat di dalam negeri,” katanya kepada pemberita semasa meninjau Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata ada syarikat-syarikat tempatan yang sudah dapat mengeluarkan komponen untuk pengeluar pesawat yang terkenal di dunia termasuk Airbus.

“Sesetengah komponen juga diperbuat daripada bahan titanium. Ia bukan satu bahan yang mudah untuk dibentuk tapi nampak kita sudah boleh mengeluarkan komponen untuk menggantung enjin,” kata Dr Mahathir. — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.