Bahasa

Khalid Samad: Selamat datang jika Zulkifli Noordin mahu bertanding di Shah Alam

SHAH ALAM, 8 April — MP Shah Alam Khalid Samad hari ini mengalu-alukan hasrat Datuk Zulkifli Noordin yang dikatakan akan bertanding dikawasan parlimennya Pilihan Raya 2013 nanti.

Khalid berkata naib presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak akan mengugat Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam dan yakin pengundi dikawasannya matang dalam membuat keputusan.

“Silakan, selamat datang saya ucapkan kepada Zulkifli Noordin jika dia mahu bertanding di Shah Alam,” kata Khalid dalam sidang akhbar di pejabat PAS Shah Alam pagi tadi .

“Saya yakin penduduk di Shah Alam matang dan bijak apabila membuat keputusan,” tambahnya.

Menjelang pilihan raya, Zulkifli semakin kerap dan agresif memberikan ceramah sekitar Selangor terutamanya di Shah Alam menggunakan pentas Perkasa.

Bagi MP Shah Alam Khalid Samad pula, tindakan memecah undi ini hanya tindakan sia-sia memandangkan ISMA dan BERJASA tidak akan menang pilihan raya ini tetapi sebaliknya hanya memberi peluang kepada BN menang dan mengekalkan kuasa.

“Calon-calon BERJASA dan ISMA ini tidak akan menang tetapi sebaliknya yang menang adalah BN.

“Tindakan mereka meletak calon adalah sia-sia dan hanya bertujuan untuk memecah undi serta mengelirukan pengundi Islam pada pilihan raya nanti,” kata Khalid.

Rabu minggu lepas, Dewan Rakyat sah telah dibubarkan, ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran disetiap dewan undangan negeri yang masih belum dibubarkan.

Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan pembangkang PR bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.