Bahasa

Khir Toyo didapati salah guna kedudukan MB beli rumah mewah, tanah

SHAH ALAM, 23 Dis ― Dr Mohamed Khir Toyo didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa RM3.5 juta yang dibayar oleh bekas menteri besar bagi hartanah itu adalah satu pertimbangan yang tidak wajar.

“Pembela gagal untuk mencetuskan keraguan munasabah,” kata hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Dr Khir (gambar) dikenakan tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.

Beliau dikatakan mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor pada masa itu.

Adun Sungai Panjang itu dikatakan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007.

Mengakui bahawa tuduhan pendakwa terhadap Dr Khir berkisar pada keterangan Shamsuddin, Kamarul Hisham berkata Shamsuddin telah gagal menunjukkan bukti yang beliau telah diarah oleh bekas menteri besar itu untuk membeli rumah mewah itu di dua plot tanah berkenaan pada 2004.

MENYUSUL LAGI

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments