Bahasa

Kit Siang: Mahathir sinis apabila mengatakan ‘Mahathirisme’ sudah mati

July 10, 2012

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Lim Kit Siang berkata bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap sinis dalam kenyataan di dalam blog beliau – chedet.cc.

Mahathir telah membuat kenyataan yang sinis apabila berkata “Mahathirisme” sudah “mati” sebaik sahaja Tun Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya dalam 2003, kata Kit Siang (gambar).

Hakikatnya, “Mahathirisme” bukan sahaja masih bernyawa tetapi sedang kembali menikmati fasa menarik semenjak penggantian Abdullah oleh Datuk Seri Najib Razak – 39 bulan lalu.

Keadaan ‘Mahathirisme’ yang mendadak ini boleh dilihat melalui temubual Mahathir pada hari Ahad lepas bersama Mingguan Malaysia di mana beliau mengutuk kaum Melayu kerana “kebodohan” mereka – telah menyebabkan kumpulan etnik besar menunduk kepada tuntutan golongan minoriti, kata Kit Siang.

Kenyataan Mahathir itu berkaitan dengan pengiktirafan sijil Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC) oleh kerajaan baru-baru ini dengan mengatakan bahawa orang Melayu telah gagal untuk “mengeksploitasikan bilangan majoritinya semenjak merdeka kerana tidak pernah bersatu.

“Ucapannya (Mahathir) di Pulau Pinang malam semalam mengatakan bahawa jika Barisan Nasional (BN) tumpas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, pihak pembangkang akan memusnahkan negara ini.

“Tindakan Mahathir kebelakangan ini adalah mengapi-apikan isu perkauman dan menanam ketakutan di kalangan kaum Melayu,” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu lagi.

Kempen yang dilancarkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang berbaur fitnah, rasis dan anti-nasional telah mengesahkan peranan mereka sebagai “surat khabar pembohong” dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan dengan laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat (PR), kata Kit Siang.

Utusan mengatakan DAP melantik Perdana Menteri selepas PRU13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.

“Laporan Utusan mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi dalam PRU13 untuk mendominasi PR dan melantik Perdana Menteri baru.

“Pemimpin-pemimpin DAP dan PR semalam telah menafikan dan menyangkal laporan Utusan yang liar, palsu dan tidak berasas, dan saya telah menyatakan dalam kenyataan media saya walaupun pengagihan kerusi di antara parti-parti PR masih dalam perbincangan,” kata Kit Siang.

Menurut Kit Siang lagi, DAP dalam perbincangan mengatakan tidak akan bertanding lebih dari 60 kerusi parlimen atau kurang dari 28 peratus daripada 222 kerusi parlimen.

“Utusan Malaysia tetap mengendahkan penafian-penafian ini dan hari ini masih terus menerbitkan laporan dan artikel mengatakan DAP akan bertanding 90 kerusi dan ini adalah beniat jahat dan palsu,” kata Kit Siang.

Mahathir mendakwa bahawa Abdullah telah mengubah UMNO, BN dan kerajaan sehingga mereka tidak kelihatan lagi seperti institusi yang beliau kenal dan ini telah membuatkannya meletak jawatan daripada UMNO.

“Trajedi paling teruk Abdullah adalah kegagalannya untuk menanggalkan unsur-unsur perkauman, autoritarianisme, korupsi dan kronisme.

“Ini merupakan salah satu daripada isu yang perlu diselesaikan dalam PRU13 – untuk mewujudkan permulaan baru  bagi Malaysia yang mungkin dapat mencantas ‘Mahathirisme’ - dibelenggu penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kronisme sepenuhnya,” kata Kit Siang.

Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, status, negeri, jantina atau umur boleh bersatu padu seperti sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April untuk membina satu Malaysia baru yang harmoni, berdemokrasi, adil, kompetitif, progresif dan bersih katanya dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi