Bahasa

Kitar semula bahan buangan di Pusat Kitar Semula SWM di Seremban 2

September 04, 2012

SEREMBAN, 4 Sept — Orang ramai di negeri ini digalak menghantar barangan yang boleh dikitar semula ke Pusat Kitar Semula SWM di Jusco Seremban 2 pada setiap hari Sabtu bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.

Pengurus SWM Environment Sdn Bhd (SWM) negeri Mahadi Abd Talib berkata barangan untuk kitar semula boleh dihantar ke pusat itu pada setiap Sabtu, kecuali cuti umum.

Pusat kitar semula yang terletak di lapangan letak kereta AEON Jusco Seremban 2 itu memudahkan orang ramai untuk menurunkan barangan kitar semula daripada kenderaan mereka, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata SWM akan meneruskan usaha untuk memberi kesedaran dan melakukan hebahan secara berterusan kepada orang ramai untuk bersama-sama mengamalkan kitar semula.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan SWM, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-7472. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi