Koh: Pembangkang mempunyai pendirian yang bercanggah dalam isu Undi Pos
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Koh Tsu Koon (gambar) hari ini menyelar Pakatan Rakyat (PR) yang beliau dakwa bercanggah pendirian dalam isu Undi Pos di mana menurutnya, PR membantah undi pos dalam negeri untuk pegawai dan media, tetapi pada masa yang sama menyokong undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara.
“Nampaknya ada percanggahan dalam pendirian pihak pembangkang sendiri, di mana mereka membantahkan undi pos untuk dalam negeri untuk pegawai-pegawai kita untuk anggota media dan sebagainya tetapi mereka menyokong undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara.
“Kalau nak setuju, kedua-duanya kena setuju.
“Kalau nak bantah, kedua-dua kena bantah, sebab itu saya kata memang ada percanggahan dalam pendirian mereka (PR) “ kata Koh selepas lawatan timbalan perdana menteri (TPM) ke Hari Terbuka, Program Transformasi Kerajaan (GTP) di ibu negara hari ini.
Koh juga mendakwa, PR hanya membantah sesuatu perkara yang tidak memihak kepada mereka akan tetapi akan menyokong apa saja yang menguntungkan mereka.
“Kita mesti konsisten, jangan hanya menyokong semua yang menguntungkan kita dan membantah segala yang merugikan kita.
“Kalau nak bantah biarlah berasaskan prinsip dan bukannya berdasarkan ada kelebihan atau tidak, kita mesti konsisten,” kata Koh.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan membuat perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk pilihan raya bebas dan adil.
Di antara perubahan yang akan dibuat SPR adalah membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi dengan menggunakan undi pos.