Bahasa

Konsep 1 Malaysia sengaja ‘dikaburkan’, kata Najib

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia hari ini berkata beliau  sengaja tidak mentakrifkan idea berkenaan supaya ianya boleh menyerap pandangan yang berbeza dari masa ke masa, walaupun beliau mengakui terdapat skeptis dari masyarakat bukan Melayu terhadap idea berkenaan apabila diterjemahkan ke dalam dasar kerajaan.

“Saya tidak menentukan konsep tersebut dengan sangat jelas, tetapi ianya oleh ‘reka bentuk’,” kata Perdana Menteri (gambar fail) itu dalam temu ramah bersama akhbar The Malay Mail yang disiarkan hari ini.

Najib berkata, beliau memutuskan ia perlu mempunyai “unsur kekaburan strategik” apabila diperkenalkan tiga tahun lalu, supaya konsep itu boleh diperluas untuk menerima pandangan lain daripada orang ramai.

Pemimpin berusia 59 tahun itu berkata konsep yang diutarakannya itu adalah untuk menggalakkan idea keterangkuman dari semua kaum diterjemahkan ke dalam dasar kini telah difahami dengan jelas walaupun pada permulaannya terdapat beberapa keraguan.

“Mereka tidak boleh melihat 1Malaysia sebagai sesuatu yang diamalkan dalam seluruh sistem kerajaan. Tetapi sekali lagi rakyat mesti sedar ini adalah satu perjalanan,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris berkenaan sebagai respon kepada wujudnya keraguan daripada kaum minoriti di luar Barisan Nasional (BN), Umno.

Beliau menambah ideanya adalah lebih menyeluruh daripada yang pernah dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu di negara ini sebagai mempromosikan prinsip-prinsip asas dan nilai-nilai keadilan, keterangkuman sosial, dan kesederhanaan.

“Ini adalah kali pertama bahawa kita sedang cuba untuk benar-benar mentakrifkan ia dari segi prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang berkaitan dengan 1Malaysia.

“Pada masa lalu, orang ramai bercakap tentang bekerja bersama-sama, tetapi tidak ada definisi sebenar apa yang dimaksudkan,” katanya dalam temu bual itu.

Najib yang mencari mandat peribadi untuk memegang kuasa pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sebelum ini berkata, konsep 1Malaysia berjanji untuk mengutamakan rakyat dengan peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan pembaharuan ekonomi.

Walau bagaimanapun, para pengkritik dan pemimpin-pemimpin pembangkang telah mengecam konsep 1Malaysia dan logo yang telah dicop pada hampir setiap produk kerajaan, bermula dari kedai barangan runcit seperti tin susu dan paket kampit beras kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, sebagai lebih kepada retorik dan slogan.

“1Malaysia juga adalah produk dan perkhidmatan yang akan meringankan beban rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka,” kata Najib ketika majlis pelancaran perintis Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di stesen LRT Kelana Jaya pada 22 Jun tahun lepas.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.