Bahasa

KPN: 32 penceroboh Sulu terbunuh semalam; jumlah keseluruhan 52

Oleh Boo Su-Lyn
March 07, 2013

Pasukan keselamatan negara di Felda Sahabat, bersiap-sedia mempertahankan kedaulatan Sabah. — Gambar oleh Siow Feng SawPasukan keselamatan negara di Felda Sahabat, bersiap-sedia mempertahankan kedaulatan Sabah. — Gambar oleh Siow Feng SawLAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian di kalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dapat masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.

“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini di sini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.

Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil.

“Sesetengah juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan “memakan masa”.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.

Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Pihak berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat di sini di mana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.

Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi di sini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.

Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi