Bahasa

KPN: Seorang remaja mati dalam Ops Daulat, jumlah kematian kini 62

Gambar fail Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.Gambar fail Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Remaja tersebut, yang dipercayai berusia 12 hingga 15, terbunuh apabila anggota keselamatan berhenti dan bertanya soalan kepada lima individu, tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Sungai Bilis ketika Ops Daulat sedang dijalankan jam 9.45 pagi ini.

Menurut The Star Online, pasukan keselamatan melihat pergerakan berhampiran semak dan menembak, sebagai reaksi kemungkinan ia datang dari penceroboh Sulu.

Kemudian pasukan mendapati seorang remaja terbunuh dan seorang lelaki berusia 30an cedera pada kaki.

Dalam laporan Malaysiakini mengenai insiden tersebut, Ismail berkata polis sedang cuba menyiasat identiti dua lelaki tersebut, termasuk lima individu yang disoal siasat pada awalnya.

"Mereka tidak mempunyai dokumen jadi kita menyiasat dari mereka datang dan apa mereka buat di sini," katanya yang dipetik dari portal berita tersebut.

"Selepas kita diberitahu mengenai insiden tersebut, pusat arahan taktikal kami terus menghantar pasukan kecemasan dalam kenderaan berperisai ke lokasi di mana tujuh orang tersebut, termasuk yang cedera dan mati berjaya dikeluarkan.

Seramai 62 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, termasuk 53 militan Sulu, lapan anggota polis Sulu dan seorang remaja yang tidak dikenali.

Hari ini ialah hari keenam Ops Daulat sejak Selasa lalu, dan hari ke 29 sejak sekumpulan bersenjata seramai 200 orang dari Sulu di Filipina mendarat di Lahad Datu untuk menuntut Sabah.

Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, seorang tua berusia 74 tahun yang tinggal di Taguig City, Filipina.

Kumpulan yang diketuai adik Jamalul, Agbimuddin Kiram bertempur dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan menyaksikan lapan anggota polis terkorban dan 20 militan Filipina terbunuh.

Awal hari ini, polis mengesahkan sejumlah 85 individu ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Sulu ini di Sabah. KPN Ismail berkata pada tengah hari ini, lima orang ditahan di Semporna, dua jam dari Lahad Datu, menurut laporan Malaysiakini.

Lima orang tersebut ditahan kerana terlibat dengan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan Malaysia pada minggu lalu, yang menyebabkan enam orang polis terkorban. Mereka akan disoalsiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) dan Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan keganasan, menurut laporan Malaysiakini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.