Bahasa

KSN ketuai senarai penerima darjah kebesaran negeri Kelantan

KOTA BAHARU, 11 Nov — Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 636 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-43, esok. 

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ali (gambar) adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk. Pada majlis sama, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan @ Nik Yahya dianugerahkan Datuk Perwira Raja. Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. 

Manakala Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang  Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk. 

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Azman Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk. Seramai 12 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk. 

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa Dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Dan Teknologi Negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengarah Urusan Chico Force Sdn. Bhd., Datuk Nik Ismail Nik Yusoff, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad. Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Faisal Yusof, Pengarah Urusan NRY Architects Sdn. Bhd.Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak, Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Yusof Abdul Rahman, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat dan anggota kerabat diraja Kelantan, Datin Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra. 

Seramai enam penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk. 

Mereka ialah Panglima 10 Briged PARA, Brig. Jen Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig. Jen. Wan Normazlan Che Jaafar, Pengarah Artileri Markas Tentera Darat Brig. Datuk Mohd Rais Ali, Pengarah Direktorat Latihan Kementerian Pertahanan Brig Jen Norhuda Ahmad, Panglima Markas Grup Artileri Pertahanan Udara, Brig. Jen Yusri Anwar dan Panglima Medan Tentera Darat, Lt.Jen. Datuk Zulkiple Kassim. 

Seramai 15 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Eksekutif Asian Development Bank (ADB), Maliami Hamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Nik Kazim Nik Yusoff. 

Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Wan Hamidah Wan Ibrahim, Pakar Perunding Kanan Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Zainal Ariff Abdul Rahman. 

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib, Pensyarah Jabatan Usulluddin dan Falsafah, Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar. Pakar Perunding Kanan Bedah Jantung dan Paru-Paru Unit Kardiotorasik Surgeri, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Anas Sjahroeddin Ressang Aminuddin, Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azmi Kasim, Komander Pasukan Polis Marin, Datuk Isa Munir. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Isa Endot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Akauntan Negara, Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman. 

Seramai 11 individu dianugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK/5 orang), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK/44 orang), Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK/52), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK/83). 

Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK/49 orang), Bintang Seri Kelantan (SK/55 orang), Bintang Ahli Kelantan (AK/69 orang), Pingat Bakti (PB/57  orang), Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS/63 orang), Pingat Taat (PT/60 orang), Pingat Perangai Baik (PPB/41 orang), Surat Kepujian (3 orang) dan Jaksa Pendamai (JP/5 orang). — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.