Bahasa

Ku Li mahu cukai tinggi ke atas kereta mewah dan pengurangan subsidi petrol secara berperingkat

Oleh Ida Lim
December 04, 2012

Tengku Razaleigh berkata subsidi petrol membebankan kewangan kerajaan. – Gambar failTengku Razaleigh berkata subsidi petrol membebankan kewangan kerajaan. – Gambar failKUALA LUMPUR, 4 Dis — Subsidi petrol perlu dikurangkan secara berperingkat dan cukai bagi kenderaan yang mempunyai enjin kapasiti besar perlu ditingkatkan, kata bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Beliau berkata, subsidi petrol “membebankan kewangan kerajaan” disamping menjadi halangan kepada pengagihan sumber dengan baik, Tengku Razaleigh berkata: “Kita tidak boleh hidup dengan petrol murah sampai bila-bila.”

“Kita boleh cari jalan untuk transisi dalam penurunan kadar subsidi,” kata ahli parlimen Gua Musang itu.

Beliau mencadangkan pemilik kereta besar harus membayar cukai yang lebih tinggi untuk membantu penurunan subsidi.

“Untuk melindungi pengguna pendapatan sederhana, mungkin kita boleh mulakan dengan pemotongan subsidi kepada kenderaan besar melalui kenaikan cukai jalan,” katanya semasa ucaptama di National Economic Outlook Conference MIER 2013-2014 di sini hari ini.

“Dalam masa yang sama, subsidi petrol diturunkan perlahan-lahan,” katanya lagi.

Minggu lalu, ketua pegawai eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala berkata kerajaan persekutuan akan terus memotong subsidi, tetapi akan dilakukan secara berperingkat-peringkat pada masa yang lebih panjang.

Idris yang juga menteri di jabatan perdana menteri, berkata fokus kerajaan ialah untuk menangani kebimbangan rakyat mengenai kenaikan kos barangan.  

Beliau turut berkata kerajaan tidak melupakan rancangannya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan memotong subsidi.  

Malaysia memberi subsidi kepada beras dan gula, tetapi terdapat kebimbabgan tentang ketirisan dana akibat penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran.  

Di bawah Bajet 2013 yang diluluskan baru-baru ini, subsidi bagi gula akan dikurangkan kepada RM0.20 sen sekilogram, tetapi masih memerlukan RM278 juta untuk mengekalkan subsidi RM0.34 per kilogram.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi