Bahasa

Kuala Langat: Undi India penentu kemenangan

Oleh Sugasini Kandiah
January 05, 2013

Satu jalan tunggal menghubungkan pusat bandar Banting di dalam bahagian pilihan raya Kuala Langat. — Gambar Choo Choy MaySatu jalan tunggal menghubungkan pusat bandar Banting di dalam bahagian pilihan raya Kuala Langat. — Gambar Choo Choy MayPilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Dengan Klang di sebelah utara, Putrajaya disebelah timur dan Sepang disebelah selatan, kawasan Parlimen Kuala Langat terletak di pinggir barat negeri terkaya dan paling ramai penduduk di Malaysia, iaitu Selangor.

Satu jalan tunggal menghubungkan pusat utama bandar — zon perindustrian bebas Telok Panglima Garang, bandar Jenjarom serta bandar daerah, Banting.

Pemanduan selama 40  dari Kuala Lumpur, kawasan ini sukar diakses melalui pengangkutan awam. Tiada Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau kereta api Mass Rapid Transit (MRT), hanya bas swasta membawa penduduk ke Klang, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan bandar utama Kuala Lumpur.

Dengan pengundi seramai 87, 239 orang, kawasan separa bandar ini dalam banyak cara adalah mikrokosmik Malaysia. Komposisi kaum bagi pengundi adalah 54.50 peratus Melayu, 26.03 peratus Cina, 17.04 peratus India dan juga penempatan Orang Asli kira-kira 800 orang yang berjumlah 1.87 peratus pengundi.

Tempat asal usul keluarga badminton Malaysia paling terkenal, Sidek bersaudara yang cemerlang, Kuala Langat mempunyai gabungan aktiviti ekonomi termasuk perikanan kecil-kecilan, pertanian dalam bentuk ladang kelapa sawit, penanaman sarang burung serta industri berat dan ringan.

Nama-nama kilang besar seperti Megasteel dan Toshiba dengan bangganya menyambut pengunjung yang melalui lebuh raya KESAS ke daerah tersebut.

Sebelum tahun 2008, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno dengan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Shafie Salleh berkhidmat sebagai ahli parlimen dari tahun 1999-2008.

Kawasan parlimen ini adalah separa bandar dan sebahagian besarnya penduduk orang Melayu.Kawasan parlimen ini adalah separa bandar dan sebahagian besarnya penduduk orang Melayu.Semasa tsunami politik 2008, walau bagaimanapun, kawasan Parlimen Kuala Langat, seperti banyak kawasan pilihan raya lain di seluruh negara, jatuh ke tangan pembangkang, walaupun dengan majoriti tipis 989 undi.

Bagi kerusi tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) — Sijangkang, Teluk Datuk dan Morib — semua pada satu masa dahulu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), kini hanya Morib dipegang oleh parti pemerintah tersebut.

Walau bagaimanapun ahli parlimen Kuala Langat, pendatang baru Abdullah Sani Abdullah Hamid dari PKR seolah-olah mempunyai pengetahuan baik isu-isu mempengaruhi pengundi beliau dan menunjukkan pengetahuan yang kuat di kawasan ini.

Diserang kerana bukan seorang budak tempatan, ahli parlimen baru itu menutup mulut pengkritiknya dengan membeli sebuah rumah di dalam kawasan pilihan raya tersebut serta menukar alamat pendaftaran selepas dipilih.

Anak kelahiran Perak yang merupakan bekas naib presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) yang merendah diri itu, bagaimanapun menyatakan masalah terbesar beliau adalah untuk mendapatkan tanah bagi projek-projek pembangunan, yang menghadkan kebolehan beliau sebagai wakil rakyat.

“Kebanyakan plot tanah di sini telah pun dijual atau diberikan kepada kroni pentadbiran sebelumnya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Selain itu, beliau merasakan mempunyai sokongan kuat daripada pengundi yang inginkan perubahan dan yakin dapat mengekalkan kerusi itu.

Sudah tentu, calon berkemungkinan dipilih BN untuk mewakili gabungan itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang merasakan sebaliknya.

Datuk Sulaiman Karli, ketua bahagian Umno Kuala Langat, berpendapat BN mampu untuk merampas kembali kawasan pilihan raya tersebut dengan bantuan undi daripada pengundi Melayu dan India.

Apabila ditanya mengapa BN kalah pada tahun 2008, Sulaiman yang merupakan calon BN pada masa itu berkata, “Selain daripada rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu terhadap Pak Lah, ramai penyokong Umno juga berpaling tadah terhadap kita kerana pergaduhan dalaman,” merujuk kepas bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kuala Langat mempunyai asas pengundi 87,239 orang.Kuala Langat mempunyai asas pengundi 87,239 orang.Menurut beliau, Umno Kuala Langat mempunyai kira-kira 17,000 ahli, hampir 20 peratus pengundi kawasan parlimen tersebut.

“Oleh itu, strategi saya terlebih dahulu mengukuhkan sokongan dari dalam parti saya sendiri serta memastikan parti komponen BN bersatu terlebih dahulu sebelum berkempen kepada orang awam,” katanya.

Sulaiman, bagaimanapun, mengakui bahawa sokongan kaum Cina kepada Umno masih “di bawah par” mengatakan walaupun ramai orang Cina hadir di acara ditaja oleh BN, tiada siapa pun benar-benar mengetahui siapa yang bakal diundi mereka.

“Saya telah memberitahu rakan sejawatan dari MCA supaya memberi tumpuan kepada memastikan ahli-ahli mereka mengundi kita walaupun sebelum memikirkan untuk melobi masyarakat Cina lain. Sekarang, saya tidak pasti sama ada ahli MCA akan mengundi kita,” katanya.

Di pihaknya, Sulaiman tidak sabar-sabar diberikan peluang kedua untuk membuktikan dirinya. Sudah menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun, bekas guru sekolah agama yang mesra kepada akar umbi mengharapkan kepada rekod perkhidmatan baik untuk memastikan kemenangan pilihan raya.

Di Taman Pahlawan tempat beliau menetap, penduduk seringkali menghubunginya untuk mendapatkan bantuan, walaupun hakikatnya beliau tidak memegang kuasa sebenar dalam birokrasi kerajaan daerah.

Ini adalah kawasan Melayu di mana perjumpaan muka-ke-muka menghadiri dan kenduri lebih penting daripada perbahasan dasar.

Walau bagaimanapun, pada ketika bendera BN boleh berkibar tinggi di kawasan luar bandar tersebut, jika Sulaiman gagal memperoleh lebih banyak sokongan di kalangan bukan Melayu, merampas kembali kerusi itu akan menjadi satu cabaran yang sukar.

Penduduk Cina yang ditemui, kesemuanya melemparkan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan seorang ahli perniagaan di pertengahan umur menyatakan, “Negara ini memerlukan kepimpinan. Perubahan adalah perlu. Jika kita tidak suka dengan kerajaan baru, kita boleh buang mereka keluar dalam pilihan raya seterusnya. Ini adalah demokrasi.”

Ahli perniagaan sama ketawa memberitahu MCA akan mengadakan makan malam setiap hari mulai sekarang untuk menarik sokongan pengundi Cina kerana kebanyakan hadirin, termasuk dirinya sendiri, telah pun membuat keputusan mengenai siapa yang mereka akan undi.

Orang India ditinjau, bagaimanapun, adalah tidak menentu tentang cara mereka akan mengundi. Walaupun ramai mengakui kerajaan BN tidak melakukan cukup untuk membantu mereka, ada yang ragu-ragu perkara-perkara akan menjadi berbeza di bawah pembangkang.

Bersama-sama dengan rangkaian luas MIC di kawasan pilihan raya itu, kesediaan di kalangan kaum India untuk memberikan peluang kepada BN sekali lagi adalah mungkin Sulaiman boleh harapkan di dalam pilihan raya terutamanya jika beliau boleh menangani isu tidak mempunyai tanah di kalangan pekerja-pekerja ladang berdekatan Pulau Carey.

Dengan merupakan salah satu populasi terbesar India di negara ini, kaum India Kuala Langat tidak dinafikan mempunyai banyak kekuatan.

Apabila ditanya apa isu-isu yang pengundi akan melihat sebelum mengundi, kedua-dua bakal calon menyatakan kemudahan yang akan meningkatkan kualiti hidup, terutamanya di kalangan belia.

Dengan banyak peluang pekerjaan yang ada, adalah jelas bahawa pengundi, hampir 70 peratus daripadanya di bawah 50 tahun, mencari calon yang akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Pendatang baru Abdullah Sani Abdullah Hamid tahu beliau akan menjadi sukar untuk mengekalkan kerusinya.Pendatang baru Abdullah Sani Abdullah Hamid tahu beliau akan menjadi sukar untuk mengekalkan kerusinya.Walaupun perniagaan berkembang dengan pembukaan hypermarket baru Giant dan restoran McDonald di Banting, bagi Abdullah Sani, menaik taraf bermakna peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau menegaskan Hospital Banting, yang terletak di hujung jalan dari pusat khidmat beliau, tidak mempunyai seorang pakar tunggal.

“Hampir setiap jam anda boleh mendengar ambulans mengangkut pesakit dalam keadaan kritikal ke hospital umum Klang.

“Malah peralatan memadam kebakaran kami jenis lama. Kami kini mempunyai bangunan tinggi di Banting dan jika kebakaran berlaku, anggota bomba kita tidak akan mampu untuk berurusan dengannya,” kata Abdullah Sani.

Sudah tentu, jalan untuk menang penggal kedua tidak akan menjadi begitu cerah bagi Abdullaah Sani yang baru-baru ini menjadi tajuk berita selepas bekas isterinya membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa menghalaunya keluar dari rumah mereka di Banting.

Ahli parlimen yang telah berkahwin dengan pembantu peribadinya tanpa keizinan isteri pertamanya menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya dan mengatakan bahawa perkahwinan kedua beliau adalah untuk memenuhi permintaan yang dibuat oleh ibunya.

Adakah beliau fikir skandal domestik ini akan menjejaskan peluang beliau dalam pilihan raya akan datang?

“Ia adalah satu perkara peribadi,” katanya, sebelum menambah, “Selain itu, orang kampung tidak menentang budaya perkahwinan berganda.

“Namun, saya telah sediakan video termasuk kenyataan dari ibu saya untuk menjelaskan skandal kerana saya pasti lawan saya akan menggunakannya untuk menentang saya dalam pilihan raya akan datang,” kata Abdullah Sani.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi