Bahasa

Kuasa Melayu akan lemah, jika Umno lemah, kata Utusan

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Kuasa politik Melayu akan semakin lemah jika Umno menjadi lemah dan ini boleh menyebabkan ketidakstabilan politik, tulis akhbar parti itu hari ini oleh pengarang menjelang ulangtahun ke-67 Umno esok.

Akhbar berbahasa Melayu itu terus menerus menggelar keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai “tsunami Cina”, akan tetapi sudah mula mengakui sebahagian rakyat Malaysia — bukan Cina turut mengundi seteru Umno PKR dan PAS.

“Jika Umno lemah, bererti kuasa Melayu juga akan lemah dan mungkin akan mengundang ketidakstabilan politik negara. Inilah yang dikhuatiri,” tulis penulis minda pengarang, Azman Anuar.

Beliau mengatakan pemimpin parti yang mempunyai 3.5 juta ahli itu perlu membangkitkan isu, mengingatkan Umno sendiri mendapat 89 daripada 133 kerusi Parlimen dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

“Adakah benar perjuangan Melayu dalam Umno sudah tidak ada apa-apa lagi?

“Ringkasnya, dasar dan tindakan Umno dikatakan tidak memiliki kesungguhan politik yang kuat seperti mana parti kaum lain,” katanya.

Beliau mengakui hanya Perlembagaan Persekutuan dilihat perisai yang menentukan tenggelam timbul Umno dan bangsa Melayu untuk masa akan datang.

Untuk parti bergerak kehadapan, beliau meminta agar sejarah penubuhan Umno pada tahun 1946 dahulu dihayati.

“Wajarlah para pemimpin Umno sekarang menerapkan kembali semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu seperti di era 1946. Jangan pinggirkan pendapat dan komen akar umbi Umno. Jelajahlah ke seluruh negara untuk memberikan semula keyakinan ahli Umno terhadap parti,” katanya.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments