Bahasa

Kubu kuat BN di Kepala Batas boleh jatuh kepada PAS

Perhimpunan diadakan di tempat terbuka di sebelah bilik operasi pilihan raya BN Penaga: dimana bendera BN merata-rata dan balon BN yang berlegar di tempat mudah dilihat dari bawah. – Gambar oleh K.E.OoiPerhimpunan diadakan di tempat terbuka di sebelah bilik operasi pilihan raya BN Penaga: dimana bendera BN merata-rata dan balon BN yang berlegar di tempat mudah dilihat dari bawah. – Gambar oleh K.E.Ooi

KEPALA BATAS, 29 April — Pengundi muda ditambah dengan rasa tidak puas hati terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) boleh menyebabkan Kepala Batas jatuh kepada PAS.

Calon PAS bagi kerusi Parlimen Kepala Batas Afnan Hamimi Taib Azamudden dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga Rosidi Hussian mengambil kesempatan terhadap situasi di bawah dan mendapat keuntungan di kubu kuat BN itu.

“Kumpulan yang berpecah dikalangan BN di sini disebabkan oleh kekecewaan dengan calon yang terpilih telah memberikan kita ruang untuk memberikan kesan di sini, “kata mereka.

Sokongan kepada PAS tidak pernah lebih kuat daripada perhimpunan yang diadakan di Penaga malam tadi, menyaksikan kehadiran lebih daripada 3,000 orang untuk mendengar ucapan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perhimpunan diadakan di tempat terbuka di sebelah bilik operasi pilihan raya BN Penaga: dimana bendera BN merata-rata dan balon BN yang berlegar di tempat mudah dilihat dari bawah.

“Semua orang mahu mendengar ucapan Tok Guru untuk mendengar apa yang beliau mahu cakap dan saya pasti sesetengah daripadanya adalah bekas penyokong Umno,” kata seorang ahli PAS yang ditemui di perhimpunan itu.

Ahli PAS turut terkejut dengan kehadiran kerana sejam sebelum itu, Hadi berceramah di Kubang Semang, kubu kuat PR akan tetapi kehadiran tidak begitu besar.

Hanya 500 orang hadir dalam ceramah di Kubang Semang.

Dalam kedua-dua ceramah, Hadi bercakap tentang peranan PAS dalam gabungan PR dan bagaimana setiap parti melengkapi diantara satu sama lain.

Beliau juga menggesa untuk memastikan mereka mendengar kedua-dua belah pihak dan tidak bergantung kepada hanya satu sumber berita untuk membuat keputusan.

“Jangan hanya bergantung kepada televisyen dan surat khabar, keluar dan baca lagi, belajar banyak dan dengar banyak jadi anda boleh menilai dengan adil siapa yang anda mahu undi, kerana akhirnya, anda adalah hakim kepada ini,” katanya.

Dengan lebih dari 40 peratus daripada 51,743 pengundi berdaftar di Kepala Batas adalah pengundi muda, ia boleh menjadi kenyataan PAS akan merampas apa yang digelar “kubu kuat Pak Lah” untuk BN.

“Penyokong kuat bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyokongnya kerana latar belakang agamanya tetapi sekarang beliau tidak bertanding, mereka beralih kepada PAS,” kata Afnan.

Perubahan sokongan juga telah menarik perhatian BN dan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dijangkakan akan melawat kawasan tersebut untuk memenangi kembali sokongan, terutamanya untuk merapatkan kembali jentera BN diantara satu sama lain.

Disebalik melihat lawatan esok sebagai ancaman, kedua-dua Afnan dan Rosidi mengalu-alukan kedatangan Najib, mengatakan ianya membantu kempen PAS.

“Lawatan beliau mungkin membuat ia lebih teruk kerana penyokong kuat Abdullah merasakan Najib telah menganiaya bekas perdana menteri itu dan ini mungkin memberikan kelebihan kepada kami,” kata Rosidi.

Rosidi mengatakan pada 2008, PAS telah memperolehi 42 peratus sokongan daripada 90 peratus pengundi Melayu berdaftar dan terdapat kurang dari 10 peratus sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

“Apa yang kita perlukan adalah untuk mempertahankan sokongan Melayu dan mendapat peningkatan undi bukan Melayu lebih daripada 10 peratus, kami akan menang Penaga,” katanya.

Ini mungkin boleh dicapai kerana PAS telah menerima sambutan baik daripada bukan Melayu di kawasan tersebut dan juga membuka laluan ke kawasan BN seperti Kuala Muda, Pinang Tunggal dan juga Bertam.

Berdasarkan kepada penerimaan yang mereka terima, PAS mensasarkan untuk memenangi kedua-dua kerusi Parlimen Kepala Batas dan kerusi DUN Penaga buat pertama kali dalam sejarah.

“Jika ini adalah padang sama rata, kami akan memberikan kesan di sini terutamanya di kerusi DUN lain,” kata Rosidi.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.