Bahasa

Kumpulan hak asasi gesa tindakan berat terhadap perogol kanak-kanak

Kumpulan hak asasi kanak-kanak menggesa kerajaan merombak undang-undang sedia ada supaya kebajikan kanak-kanak di bawah umur yang dirogol dipelihara. — Gambar ReutersKumpulan hak asasi kanak-kanak menggesa kerajaan merombak undang-undang sedia ada supaya kebajikan kanak-kanak di bawah umur yang dirogol dipelihara. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 5 Sept — Kumpulan hak asasi kanak-kanak menggesa kerajaan merombak undang-undang bagi mensabitkan pesalah seksual dengan hukuman lebih berat selepas dua pesalah terlepas daripada hukuman penjara kerana merogol teman wanita mereka bawah umur bulan lepas.

Dalam laporan hari ini, mahkamah tinggi telah membebaskan seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak daripada hukuman mandatori penjara dan sebatan atas alasan tiada bukti penembusan kelamin dan keterangan mangsa tidak boleh diterima pakai.

Pengamal hak asasi kanak-kanak dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini memberitahu perkara tersebut berlaku kerana terdapat kelemahan dalam perundangan melibatkan kes rogol terutama melibatkan mereka bawah umur.

“Undang-undang yang tertulis dan dikuatkuasakan wajar seiring dengan lunas perundangan antarabangsa bagi melindungi kanak-kanak,” kata pengarah eksekutif Malaysian Child Resource Institute (MCRI),  Brian Lariche.

Beliau juga menyambut baik langkah kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang mahukan undang-undang statutori rogol disemak semula.

Brian juga menyatakan laporan hari ini adalah satu lagi bukti terdapat kelemahan pada undang-undang sedia ada selepas mahkamah rayuan membebaskan pemain boling tenpin kebangsaan, Noor Afizal Azizan daripada pertuduhan merogol budak bawah umur pada bulan lepas.

Isu terbabit menarik perhatian orang awam terutama selepas mahkamah sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik atas pertuduhan sama dan hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan  bukan hukuman penjara.

“Penghakiman tersebut tidak selaras dengan undang-undang yang disyaratkan dan ia menimbulkan persoalan kearbitrarian dibahagian pihak hakim. ‘‘Rogol’ dan ‘umur matang’ dinyatakan dengan jelas  tetapi dalam kes ini ia tidak dipatuhi,” kata Brian lagi.

Di Malaysia, undang-undang yang diperuntukan memberi definisi sempit untuk rogol.

Mengikut Sekysen 375 Kanun Keseksaan, “Seorang lelaki dikatakan telah ‘rogol’ seseorang...apabila mengadakan hubungan seksual dengan wanita” tanpa kerelaan diri atau tanpa persetujuan atau dengan  paksaan, atau mangsa tersebut berusia bawah 16 tahun - umur yang sah secara sukarela mengadakan hubungan seksual.

Seksyen 376 mensabitkan mandatori hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun atau tidak lebih 30 tahun dan dirotan atas kesalahan merogol kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, hakim mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya dibawah seksyen 294 (1) Kanun Jenayah  untuk membebaskan pesalah kali pertama di bawah pengawasan berkelakuan baik jika mereka  memutuskan terdapat beberapa faktor yang boleh meringankan hukuman.

“Jika kita biarkan undang-undang ini kekal, selepas ini hakim mungkin beranggapan hukuman minimum lima tahun tersebut terlalu berat dan boleh membuat penghakiman lain selain ikat jamin berkelakuan baik,  kata, Sharmila Sekaran daripada Voice of the Children kepada The Malaysian Insider.

Badan bukan kerajaan tempatan tersebut menyokong rombakan ke atas undang-undang dan polisi melibatkan kanak-kanak selain memberikan latihan dalam isu-isu kanak-kanak.

“Kami mahukan alternatif hukuman supaya hakim dalam mensabitkan pesalah dengan hukuman lebih berat,” tambah beliau lagi.

Penasihat Yayasan Chow Kit (kumpulan kesedaran kanak-kanak), Dr Hartini turut senada dalam isu melibatkan undang-undang ‘rogol statutori’ ini dan mahukan “rombakan menyeluruh untuk membela  kepentingan seseorang kanak-kanak” dan bukan sekadar meminda undang-undang sedia ada ketika ini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.