Bahasa

Lapan ADUN angkat sumpah jawatan anggota Exco Perlis

KANGAR, 15 Mei — Lapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis termasuk tiga muka baru mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Msyuarat Kerajaan Negeri Perlis hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik sebagai anggota Exco itu ialah ADUN kawasan Santan, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim, (Beseri) dan Jafperi Othman (Guar Sanji).

Tiga muka baru yang dilantik sebagai anggota Exco ialah ADUN Mata Ayer Khairi Hasan, Mat bin Hassan (Kuala Perlis) dan Rela binti Ahmad (Bintong).

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Azlan Man, belum mengumumkan portfolio yang bakal diterajui setiap anggota Exco kerajaan negeri.

Pengumuman portfolio itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments