Bahasa

Lapangan Terbang Changi berwajah baharu

July 12, 2012

SINGAPURA, 12 Julai – Terminal 1 (T1), Lapangan Terbang Changi Singapura kini berwajah baharu dengan siapnya kerja-kerja naik taraf yang menelan kos S$500 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Changi Airport Group (CAG) berkata kerja-kerja naik taraf yang mengambil masa empat tahun itu telah siap dan satu upacara akan diadakan pada 18 Julai, 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Changi Airport Group, Lee Seow Hiang, berkata T1 adalah istimewa di hati sebilangan besar warga Singapura memandangkan sejarahnya yang panjang.

“Kami gembira dapat mengekalkan warisannya di samping menyediakannya bagi masa depan. Dengan suasana moden dan kemudahan yang lebih baik, penumpang dan pengunjung akan terus mendapat pengalaman lapangan terbang bertaraf dunia di T1,” katanya.

Kira-kira 22,000 meter persegi telah ditambah kepada bangunan itu, menjadikan keseluruhan ruang lantai T1 seluas kira-kira 308,000 meter persegi.

T1 yang dimajukan mengikut konsep bertema “Bandaraya Tropika” itu mencerminkan reputasi Singapura sebagai bandaraya dalam taman. – Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi