Bahasa

Lebih 50 orang ditahan berkait dengan militan Sulu

Polis memeriksa dua lelaki yang ditahan selepas mereka keluar dari Tanjung Labian, kampung bersebelahan dengan Kampung Tanduo, pada 6 Mac 2013. — Gambar ReutersPolis memeriksa dua lelaki yang ditahan selepas mereka keluar dari Tanjung Labian, kampung bersebelahan dengan Kampung Tanduo, pada 6 Mac 2013. — Gambar ReutersLAHAD DATU, 8 Mac — Lebih 50 orang telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) kerana dituduh mempunyai kaitan dengan militan Sulu di sini, kata pihak berkuasa hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini, suspek yang termasuk perempuan, turut ditahan di bawah Kanun Keseksaan.

“Penangkapan ini adalah diperlukan,” kata Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

Tiga suspek pengganas ditahan di bawah SOSMA di Kuala Lumpur, undang-undang kontroversi di mana peguam hak asasi manusia menganggapnya tidak berperlembagaan kerana membenarkan bukti yang tidak mengikut peruntukan dalam Akta Kerahsiaan.

Yazid Sufaat, 49 didakwa bulan lepas di Kuala Lumpur kerana dikatakan mempromosi keganasan di Syria manakala Halimah Hussein, 52, didakwa kerana bersubahat dengan Yazid atas kesalahan yang sama.

Ismail mengatakan hari ini suspek di Sabah ditahan di luar kawasan operasi pasukan keselamatan, yang berfokus di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Pegawai polis tertinggi itu walau bagaimanapun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai suspek.

Pemerintah Filipina telah meminta kerajaan Malaysia untuk memastikan “layanan berperikemanusiaan” kepada rakyat Filipina yang ditahan kerana mempunyai kaitan dengan konflik Sulu.

Manila juga memohon agar pasukan kemanusiaan mereka diberi “akses penuh” kepada semua tahanan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang bersama dalam sidang akhbar dengan Ismail mengatakan tiada petanda militan Sulu akan menyerah.

Pasukan keselamatan Malaysia masih dalam pertempuran bersenjata dengan kumpulan pemberontak Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Pada 9 Februari lalu, sekumpulan lebih 200 orang lelaki bersenjata telah mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, dengan rancangan untuk mengulangi tuntutan terhadap pemilikan mereka ke atas wilayah Borneo utara dengan memetik rekod sejarah pada abad ke-17.

Pihak berkuasa Malaysia berkata semalam 52 militan Sulu telah ditembak mati sejak pertempuran bermula Jumaat lepas.

Seramai lapan anggota polis Malaysia terbunuh di Lahad Datu dan Semporna semasa pertempuran hujung minggu, yang menyebabkan angka kematian meningkat kepada 60 orang.

Malaysia menolak seruan Jamalul untuk gencatan senjata semalam, menuntut sebaliknya “sultan” memerintahkan orang-orangnya untuk meletakkan senjata secara aman dan tanpa syarat.

Penyokong Kiram sebelum ini telah diberi pilihan untuk melakukan gencatan senjata tetapi berkeras untuk terus tinggal di Sabah.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.