Bahasa

Lebih 50 peratus keluar mengundi di Selangor, NS setakat 1 tengahari

Pengundi datang untuk mengundi di SK Kg Baru, Kampung Baru, 5 Mei, 2013. — Gambar oleh Choo Choo MayPengundi datang untuk mengundi di SK Kg Baru, Kampung Baru, 5 Mei, 2013. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 5 Mei — Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratusdaripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.

Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.

Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi.

Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi.

Sementara itu, pusat pengundian di kawasan terpencil di Sabah iaitu di Kampung Mangkasulap, Beluran dan beberapa tempat di Penampang dan Kudat ditutup pada pukul 11 pagi. — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.