Bahasa

Lebuhraya Pantai Barat pecah rekod untuk penswastaan lebuh raya, menurut pakar

Tidak menyebut nama pakar industri tersebut, akhbar perniagaan mingguan The Edge melaporkan West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) telah bersetuju dengan Putrajaya untuk menamatkan konsesi perjanjian mengutip tol walaupun sebelum 60 tahun yang dijanjikan.

"Jika sekiranya lebuhraya itu berjaya mendapat pulangan pada tahun ke-50, konsesi itu akan tamat dan diberikan semula kepada kerajaan," kata eksekutif kewangan yang mengetahui perjanjian tersebut memberitahu akhbar tersebut.

Selain dari penamatan klausa awal, syarat kontrak perjanjian juga boleh dikaji semula bagi pihak kerajaan, menurut laporan akhbar tersebut, dan berdasarkan mekanisme perkongsian keuntungan dan membuang tiga peratus subsidi faedah dari pinjaman komersil selama 22 tahun.

"Kerajaan sudah melihat jangkaan trafik yang akan diterima dalam projek WCESB terlalu rendah, dan beginilah keuntungan boleh diperolehi. Jika trafik melebihi jangkaan, kerajaan yang mendapat untung," kata eksekutif tersebut yang dipetik dari akhbar The Edge.

Projek tersebut dikecilkan selepas pihak kerajaan dan pembina lebuh raya bersetuju untuk mengurangkan 25 peratus dari rancangan asal.

Kini, projek itu bernilai RM5.2 billion berbanding RM7.07 billion pada asalnya.

Putrajaya juga menambah RM1 billion untuk mendapatkan tanah untuk membina lebuhraya tersebut, dan RM2.24 billion dalam bentuk pinjaman mudah kepada syarikat tersebut untuk memulakan projek. Pinjaman tersebut dikenakan kadar faedah tahunan 4 peratus mulai 2013.

Akhbar mingguan The Edge memetik ahli politik dan penganalisis perniagaan bahawa lebuhraya ini tidak akan 'diserang' oleh pihak pembangkang menyebabkan syarat ini berpihak kepada kerajaan.

Syarikat utama WCESB, Kumpulan Europlus Bhd (KEuro), melaporkan kerugian berjumlah RM7.52 juta dalam suku ketiga yang berakhir pada 31 Oktober 2012 berbanding dengan keuntungan RM1 juta pada suku sebelumnya.

Syarikat itu memberitahu Bursa Malaysia bahawa kerugian suku kedua kerana berkongsi kerugian dengan sekutunya berjumlah RM2.9 juta, dan hutang yang diragui berjumlah RM1.83 juta dan kos kewangan berjumlah RM2.31 juta.

"Kerugian sebelum itu adalah rendah kerana mendapat semula hutang yang diragukan berjumlah RM3.51 juta dan mendapat semula caj sewa yang berjumlah RM2.37 juta, yang diberikan sebelum ini," kata KEuro dalam failnya Disember lalu.

Keuntungannya bagaimanapun meningkat RM4.08 juta daripada RM3.84 juta tahun lalu.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.