Bahasa

Lelaki berpura-pura ziarahi pesakit diberkas kerana mencuri

September 23, 2012

KUANTAN, 23 Sept — Seorang lelaki yang berpura-pura mahu menziarahi pesakit di Hospital Jerantut, diberkas polis selepas cuba mencuri sebuah motosikal Honda Ex5 milik petugas hospital itu, semalam.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan, 30-an, yang sedang membuat rondaan terserempak dengan dua lelaki mencurigakan sedang berjalan menuju ke kuarters petugas hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata pengawal terbabit kemudian mengekori dengan jarak beberapa meter sebelum melihat seorang daripada lelaki itu sedang membuka kunci motosikal berkenaan.

“Pengawal terbabit menyergah dua lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan dengan seorang daripada suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pengawal berkenaan dapat menahan seorang daripada lelaki terbabit manakala rakan kepada suspek itu melarikan diri.

“Dua anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian menahan suspek dan dibawa ke Balai Polis Jerantut untuk siasatan. Hasil pemeriksaan, polis menemui sejenis anak kunci yang diubahsuai untuk menghidupkan enjin motosikal.” — Bernama

 

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi