Bahasa

Lembah Pantai saksikan pertandingan tiga penjuru

April 20, 2013

Calon-calon Lembah Pantai, (dari kiri ke kanan), Rusli Baba, Nurul Izzah, dan Raja Nong Chik bersalaman di luar pusat penamaan calon pagi ini. Calon-calon Lembah Pantai, (dari kiri ke kanan), Rusli Baba, Nurul Izzah, dan Raja Nong Chik bersalaman di luar pusat penamaan calon pagi ini. KUALA LUMPUR, 20 April — Kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan penyandangnya Nurul Izzah Anwar dicabar Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba. 

Calon yang layak bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini diumumkan pegawai pengurus pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai Rolan Abdul Rahman pada pukul 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya. 

Nurul Izzah calon pertama yang mengemukakan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Rusli pada 9.11 pagi dan Raja Nong Chik pada 9.25 pagi. 

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Presiden PKR itu menang dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, yang merupakan Ketua Wanita Umno dan calon bebas N.Periasamy. 

Kawasan Parlimen itu menyaksikan seramai 72,396 pengundi termasuk 47 tentera dan pasangan, 2,088 anggota polis dan pasangan dan 36 pengundi luar negara. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi