Bahasa

Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah kerana mahu lari dari pengundinya — MCA

April 09, 2013

SEREMBAN, 9 April — Tindakan penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mahu ‘melarikan diri’ dari pengundinya di Ipoh Timur, dakwa Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr. Yeow Chai Thiam.

Yeow berkata, Lim telah gagal memberikan perkhidmatan kepada pengundi di kawasan lamanya.

Beliau (Lim) berhijrah ke kawasan lain yang mana pengundinya tidak mengetahui rekod sebenar perkhidmatannya dan berharap mereka di Gelang Patah mengundinya, tambah Yeow.  

“Berdasarkan sejarah DAP, mereka tidak akan bertanding di kawasan yang sama lebih daripada dua penggal...seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan anaknya Lim Guan Eng pun sama.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Yeow berkata Lim jelas tidak mengendahkan pengundinya di Ipoh Timur, tetapi ke Gelang Patah demi mencapai kepentinganperibadi.

Justeru, Yeow berkata, rakyat dan pengundi di Gelang Patah khususnya perlu bijak menilai perkara ini.  

Menyentuh hasrat pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan meninggalkan

kawasannya sebelum ini iaitu DUN Lobak, Yeow berkata ini satu lagi bukti anggota parti itu gemar melarikan diri selepas gagal berkhidmat.

“Kalau dia berani, sahutlah cabaran parti MCA ini dan baliklah bertanding di Lobak berdepan dengan seorang pemimpin muda MCA,” katanya.  — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi