Bahasa

Lima askar terbunuh dalam serangan bom di Selatan Thailand

Anggota keselamatan dan pekerja penyelamat berkumpul di sekitar badan salah satu mangsa serangan ke atas tentera di wilayah bermasalah selatan Yala 10 Februari, 2013. - Gambar ReutersAnggota keselamatan dan pekerja penyelamat berkumpul di sekitar badan salah satu mangsa serangan ke atas tentera di wilayah bermasalah selatan Yala 10 Februari, 2013. - Gambar ReutersBANGKOK, 10 Feb – Lima anggota tentera terbunuh dalam serangan bom di Kampung Kubae Talak, Thatong, Reman, Yala, hari ini.

Ketua polis Thatong Lt Kol Topan Pusantiar berkata dalam kejadian itu, bom seberat 50kg yang dipasang pada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan diletupkan apabila sebuah trak membawa enam anggota tentera melintasinya pada pukul 7.10 pagi.

Kesemua anggota tentera berkenaan tercampak keluar akibat letupan itu.

“Selepas itu, 10 anggota militan berpakaian renjer menembak mereka dari jarak dekat, mengakibatkan lima anggota tentera maut dan seorang cedera. Mereka juga merampas senjata anggota tentera terbabit,” katanya.

Ketua Polis itu berkata anggota militan juga menebang pokok untuk merintangi laluan ke tempat kejadian bagi menghalang operasi bantuan.

Katanya anggota tentera yang cedera itu kini dirawat di Hospital Yala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam serangan itu dicuri daripada guru besar Sekolah Kampung Bangol, yang ditembak mati oleh militan Disember lepas.

Lebih 5,000 orang maut sejak puak pemisah dipercayai melancarkan kempen bersenjata untuk menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand sembilan tahun lepas. – Bernama

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments