Bahasa

Mahkamah tarik penggantungan ke atas loji nadir bumi Lynas

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mahkamah Kuantan hari ini menarik semula penggantungan ke atas lesen mengendalikan loji nadir bumi kontroversi, akan tetapi masih akan mendengar ulasan kehakiman untuk menyekat pengeluaran Lynas Corp Ltd selama-lamanya, kata seorang aktivis.

Dengan keputusan ini, pelombong Australia kini boleh membawa masuk bijih nadir bumi untuk diproses di kilang berharga RM2.5 bilion di Pahang, membuka jalan bagi syarikat itu untuk memulakan operasi walaupun terdapat bantahan awam berkenaan projek tersebut.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan oleh Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL) sebuah pergerakan akar umbi hari ini untuk pengantunggan kekal kepada lesen operasi sementara (TOL) yang dianugerahkan kepada pelombong itu pada awal tahun ini, ketika ia memutuskan semakan kehakiman bertujuan untuk menyekat pengeluarandi Loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

“Lynas kini boleh membawa masuk bijih,” kata presiden SMSL Tan Bun Teet kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa Lynas akan menunggu mahkamah melupuskan permohonan rasmi SMSL sebelum membawa masuk bijih.

“Saya menganggap Lynas akan menunggu permohonan rasmi kami dilupuskan kerana jika kapal itu terletak di pertengahan jalan di sini, ia boleh terperangkap dalam laut yang tinggi,” katanya, merujuk kepada kemungkinan mahkamah boleh menangguhkan kebenaran terhadap pelombong.

Tan, yang menghadiri pendengaran pagi ini, berkata mahkamah telah memutuskan tmelanjutkan perintah penangguhan interim terhadap TOL - yang akan tamat hari ini - sementara menunggu semakan kehakiman dan bertanya SMSL untuk memfailkan permohonan rasmi jika mereka mahu berbuat demikian.

Mahkamah juga membenarkan Lynas untuk dijadikan suatu pihak dalam saman oleh SMSL terhadap kerajaan, kata peguam SMSL Hon Kai Ping The Malaysian Insider.

SMSL mahu mahkamah menggantung lesen bagi firma Australia itu sehingga dua kajian kehakiman mencabar keputusan kerajaan untuk memberikan lessen selesai.

Tan mengatakan kumpulannya kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini untuk menarik balik penggantungan ke atas Lynas, sambil menambah hakim sepatutnya lebih berhati-hati.

Beliau berkata SMSL akan memfailkan rayuan untuk penggantungan kekal lessen sementara menunggu semakan kehakiman serta permohonan rasmi untuk perintah penangguhan lain interim, seperti diminta oleh hakim.

Mahkamah telah menolak permohonan SMSL untuk melanjutkan penggantungan oleh kerana ianya dibuat secara verbal dan bukan secara bertulis, katanya.

Saham Lynas telah dihentikan dagangan awal hari ini sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan lesen operasi sementara bagi loji di Gebeng, agensi berita antarabangsa Reuters, melaporkan.

Loji nadir bumi - yang terbesar di luar Negara Cina - telah bersedia untuk beroperasi sejak awal Mei, tetapi syarikat itu telah terbabit dalam pertikaian alam sekitar dan keselamatan dengan penduduk tempatan sejak pembinaan bermula dua tahun lalu.

Rancangan untuk memulakan operasi September tahun lepas terbantut apabila Putrajaya tunduk kepada tekanan awam April lepas dan projek dibekukan sementara menunggu kajian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Pada Julai tahun lepas, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) memakai 11 cadangan yang dinyatakan oleh kajian penapisan dan berkata ia tidak akan membenarkan Lynas untuk memulakan operasi atau mengimport bijih bumi sehingga semua syarat, yang termasuk rancangan komprehensif, jangka panjang dan terperinci untuk menguruskan sisa radioaktif, telah dipenuhi.

Lynas Corp gagal untuk memenuhi mana-mana syarat dalam cadangan pertama, menurut pengawal selia.

Syarikat yang berpangkalan di Sydney mahu memecahkan cengkaman 90 peratus China pada logam nadir bumi yang penting untuk mengeluarkan produk teknologi tinggi seperti telefon pintar, mentol lampu cekap tenaga dan kereta jimat bahan api.

 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.