Bahasa

Majikan di Malaysia lebih berminat mengambil pekerja Cina berbanding Melayu

Kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat diskriminasi kaum oleh majikan di Malaysia dalam proses pemilihan graduan baru untuk pekerjaan di sektor swasta. — Gambar fail ReutersKajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat diskriminasi kaum oleh majikan di Malaysia dalam proses pemilihan graduan baru untuk pekerjaan di sektor swasta. — Gambar fail ReutersKUALA LUMPUR, 2 Nov  — Majikan di Malaysia cenderung untuk memihak kepada pemohon kerja lebih dari kaum Cina berbanding dengan rakan-rakan Melayu mereka menurut satu kajian universiti baru-baru ini, menunjukkan diskriminasi kaum ditekankan dalam proses pengambilan pasaran buruh sektor swasta.

Dalam penyelidikan bersama mereka, pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) dalam kajian pembangunan, Dr Lee Hwok Aun, dan rakan penyelidikan, Dr Muhammed Abdul Khalid Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM), mendapati bahawa graduan baru Cina adalah lebih berkemungkinan akan dipanggil untuk temuduga pekerjaan berdasarkan resume mereka berbanding dengan orang Melayu.

“Penemuan kami menunjukkan majikan secara umumnya lebih memihak kepada kaum Cina, sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor keserasian dan kualiti tidak boleh dilihat yang tidak didedahkan dalam permohonan pekerjaan, dan lebih selektif ke arah kaum Melayu, menyebabkan mereka kurang dipanggil, akan tetapi pemohon berkelayakan mendapat panggilan balas,” kata kedua-duanya pensyarah dalam abstrak kertas seminar yang akan dibentangkan di UM hari ini.

Kedua-dua ahli akademik itu berkata mereka telah menjalankan satu eksperimen dengan menghantar resume graduan baru Melayu dan Cina kepada iklan pekerjaan sebenar.

Dari penyelidikan mereka, Lee dan Muhammed Abdul mendapati walaupun kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu mungkin meningkatkan peluang mereka untuk dipanggil temuduga, namun majikan – terutamanya dikawal Cina atau dikendalikan orang asing – lebih ketara cenderung memilih pemohon Cina.

Mereka berpendapat bahawa diskriminasi kaum lebih tajam dalam pekerjaan kejuruteraan daripada perakaunan sektor kewangan.

Mereka juga mendapati bahawa dalam industri kejuruteraan, Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina.

Bagaimanapun, mereka berkata data tidak menunjukkan secara langsung motif diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

Lee dan Muhammed Abdul akan membentangkan kertas mereka bertajuk “Adakah faktor kaum penting bagi mendapatkan satu temu bual? Eksperimen lapangan diskriminasi pengambilan pekerja di Semenanjung Malaysia” yang akan berlangsung di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM pada pukul 10 pagi hari ini.

Kewujudan institusi pengajian tinggi tempatan Malaysia berjaya melahirkan sejumlah 184,581 graduan tahun lepas mengikut statistik terkini dikeluarkan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada angka itu, 44,391 orang atau 24 peratus berada dalam pengangguran.

Pentadbiran Najib telah memperuntukkan kira-kira RM500 juta dalam Bajet 2013 untuk menjadikan belia menganggur laku dalam pasaran pencarian pekerja.

Kumpulan hak asasi Manusia, PROHAM – dibentuk oleh bekas ahli-ahli berpengaruh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Polis telah menggesa Putrajaya untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD), yang menunjukkan akan menjadi satu langkah positif untuk menyelesaikan masalah ketaksuban kaum sedia ada di negara ini daripada menyorokkannya di bawah karpet.

Pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun menegaskan bahawa diskriminasi kaum adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia mencetuskan keadaan “brain drain” dan berdiri di jalan kemajuan Malaysia dalam dunia kompetitif hari ini.

Terdapat tidak kurang daripada 1.5 juta rakyat Malaysia dengan pendidikan tertiari telah meninggalkan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan dua hari lalu, sambil menambah ia “memeranjatkan meritokrasi”.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.