Bahasa

Majlis Peguam didesak untuk cari peguam misteri di belakang SD kedua Bala

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

January 01, 2013
Latest Update: January 02, 2013 05:34 am

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Majlis Peguam hari ini dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (gambar) mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.

Peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili bekas penyiasat persendirian itu memberitahu The Malaysian Insider Majlis Peguam harus mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya mencadangkan Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini,” katanya apabila dihubungi hari ini.

Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.

“Mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk tindakan,” kata Americk sambil menambah Majlis Peguam dalam bidang kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam surat terbuka awal hari ini, Americk berkata peranan Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.

Beliau mengatakan kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam inkuiri.

Beliau menegaskan hanya segelintir peguam yang mempunyai akses kepada personaliti penting dinamakan dalam SD Balasubramaniam daripada 14,000 ahli Majlis Peguam.

Americk menjelaskan Deepak sudah membersihkan Arunampalam - dimana penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan urusan hartanahnya - sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.

“Kami sudah kecilkan pelbagai orang yang berpotensi. Ini seharusnya membantu Majlis Peguam untuk berusaha untuk mengesan orang yang secara unilateral dan tanpa menerima arahan, merangka akuan bersumpah palsu untuk ditandatangani oleh anak guam saya dibawah keadaan ianya dilakukan secara sukarela adalah sangat mencurigakan,” katanya dalam surat terbuka hari ini.

Americk sebelum ini mendesak Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee untuk “menghantar emel mudah kepada semua ahli Majlis Peguam meminta agar mereka yang terlibat merangka SD kedua Balasubramaniam untuk melakukan perkara benar dengan mendedahkan identiti kepada umum oleh kerana mereka yang tidak terlibat mungkin dituduh atau dipersalahkan seperti yang berlaku selepas pendedahan Deepak dimana sudah pasti saya tidak setuju.”

Dalam sidang akhbar tergesa-gesa pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam yang ditemani oleh Arulampalam muncul untuk menarik kembali akuan bersumpah pertama, dimana beliau menafikan kesemua isinya dan berkata beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudiannya keluar dengan kenyataan kedua dimana beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh seorang peguam yang beliau tidak pernah jumpa dan tidak berunding dengan dirinya apabila merangka dokumen itu.

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Tan Sri Robert Phang secara terbuka menamakan Tan Sri Cecil Abraham yang duduk sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) badan sama dalam sidang akhbar bulan lalu.

Tiga lagi telah menimbulkan isu ini secara terbuka - peniaga karpet Deepak Jaikishan, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis politik, Haris Ibrahim.

Haris yang juga bekas peguam telah menulis surat kepada Majlis Peguam menuntut siasatan terhadap peguam tersebut kerana salahguna kuasa.

Akan tetapi Americk yang mendakwa mengenali Abraham secara peribadi dan menggambarkannya sebagai “seorang bermaruah, berintegriti dan profesional” menegaskan tiada bukti konkrit menunjukkan peguam tersebut mengarang SD kedua Balasubramaniam.

Americk menegaskan bekas penyiasat persendirian itu tidak pernah berjumpa dengan peguam yang merangka kenyataan kedua kerana dipaksa untuk menandatangani dan langsung tidak mengetahui identiti orang tersebut.

PPO SPRM juga mengatakan semalam bahawa Abraham tidak terlibat dengan pasukan penilaian untuk menutup fail penyiasatan SD Balasubramaniam.

PPO bersetuju dengan keputusan penolong pendakwaraya untuk menghentikan siasatan terhadap kes ini dengan alasan saksi utama kes ini tidak disokong oleh saksi lain dan kredibiliti saksi utama disangsikan.

“PPO mahu menyatakan salah seorang ahli panel Tan Sri Datuk Cecil Abraham tidak hadir dan tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut,” kata Tan Sri Hadenan Abdul Jalil, pengerusi kepada lapan orang ahli panel PPO dalam kenyataan media bulan lalu.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi