Bahasa

Makna Hari Malaysia rentasi tanggal 16 Sept

Oleh Hasshahari Johari Mawi
September 20, 2010

Hasshahari berharap rakyat pelbagai lapisan yang baru selesai bercuti panjang menggunakan Hari Malaysia untuk muhasabah diri. — Gambar oleh Choo Choy MayHasshahari berharap rakyat pelbagai lapisan yang baru selesai bercuti panjang menggunakan Hari Malaysia untuk muhasabah diri. — Gambar oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 20 Sept — Hari ini kita sudah kembali ke pejabat masing-masing selepas lama bercuti. Memang menyeronokkan. Cuti sambutan kali ini juga bermakna kerana disusuli dengan cuti Hari Malaysia yang julung kali diadakan.

Pokonnya, pada pandangan saya kali ini bukan semata-mata cuti. Kita patut meraikan hari yang bermakna ini sebagai satu hari untuk melihat kembali apa yang telah dicapai dan apakah lagi yang perlu dicapai oleh individu, masyarakat dan juga negara keseluruhannya. Semua tahu bahawa Hari Malaysia ini julung kali diumumkan. Ia diisytiharkan tahun lalu.

Nukilan ini ditulis semata-mata untuk menggambarkan bahawa Hari Malaysia tidak harus terhenti setakat 16 September setiap tahun. Bermakna tahun ini pada Khamis lalu.

Secara peribadi saya perlu mengakui bahawa saya tidak pernah mengadakan ataupun terlibat dalam sambutan mengenang hari pembentukan Persekutuan Malaysia lebih-lebih lagi sepanjang tiga dekad lalu. Saya kini di awal 30-an. Setahu saya, kerajaan pun baru meraikan Hari Malaysia, malah dari segi skala, ia masih kecil berbanding Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan setiap 31 Ogos.

Pada saya, Hari Malaysia setiap tahun perlu dijadikan sebagai detik “hari muhasabah diri” tentang apa yang telah dicapai sebelum ini dan juga suka dua yang telah melalui sebelum ini.

Suka duka yang kita boleh daripada sejarah yang mana sebelum ini bukan senang untuk mencapai atau menggabungkan negeri-negeri di Malaysia ini, di mana kesemua pihak yang terlibat termasuk sekali negeri saya Sarawak. Ramai pejuang yang terlibat untuk melaksanakan dan juga merealisasikan penggabungan Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Diharapkan kesedaran di mana kesemua rakyat Malaysia termasuk generasi baru menghargai akan usaha generasi lama yang telah berjuang dan juga, orang kata mengalami kesukaran sebelum kita berjaya disatukan atas nama sebuah negara Malaysia ini, Hari Satu Malaysia ini juga digabungkan ataupun orang kata selari dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh perdana menteri sekarang.

Pejuang-pejuang dari Sarawak daripada pelbagai kaum Iban, Melayu dan Melanau serta etnik lain, semua digabungkan.

Sebelum ini, seingat saya dan sejarah Sarawak dulu, kebanyakan pihak membantah penggabungan Sarawak ke dalam Malaysia. Tetapi atas usaha semua pihak, dan juga penjelasan oleh kesemua pihak, semua pemimpin yang ada pada masa tersebut, akhirnya warga Sarawak boleh menerima, dan bukannya secara total tetapi ada syarat di mana sesetengah syarat itu boleh dilihat sehingga sekarang. Yang saya boleh nampak sekarang, kesan daripada perundingan dulu. Di Sarawak ini ada sesetengah undang-undang tidak boleh di sini. Undang-undang persekutuan tidak boleh diaplikasikan di Sarawak.

Ia bukan satu kekurangan tetapi satu jaminan dan juga satu perjanjian yang kita telah buat sebelum ini kepada pihak, pemimpin dan juga, orang kata sebagai balasan kita hendak satukan. Dan, syarat ini adalah menjadi harapan pemimpin untuk dikekalkan memandangkan ia adalah satu budaya dan juga peraturan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat negara Sarawak.

Sebenarnya saya tidak nampak ada apa-apa perbezaan pun.

Yang mana apabila kita ada, saya rasa lebih seronok hendak balik ke Sarawak memandangkan ada beberapa perkara yang ada di sini tetapi tiada di sana, dan ada di sana tiada di sini. Contohnya, ini hari raya yang hendak saya kaitkan. Kalau kita menyambut Aidilfitri, di Sarawak sambutan tujuh hari sahaja, bukannya sebulan macam di sini. Rumah terbuka sepanjang hari seolah-olah “tiada pintu”, memang keluar masuk sesuka hatilah. Memang tujuh hari. Jiran akan datang rumah, tiada temu janji macam di sini. Ini kelainan yang masih menyeronokkan semua.

Ketika memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1997, saya terkejut dengan budaya.

Bagaimanapun ia memberikan peluang kepada saya untuk berkenalan dengan kelompok pelajar dari pelbagai wilayah di Sabah dan Semenanjung malah dari Sarawak sendiri. Kehidupan kampus yang jauh berbeza memberikan saya peluang untuk bergaul dengan pelbagai pihak dan memperoleh penglaman baru dalam hidup saya — dari segi budaya, pertuturan dan cara kerja. Latar belakang ini menyebabakan — seolah-olah satu tarikan, dapat mengenali mereka. Saya juga mendapati bahawa sekiranya saya kekal di Sarawak, pengalaman ini saya mungkin tidak peroleh.

Pokoknya, ia lebih kepada pengalaman dan cara kerja, dan daya ketahanan kepada tekanan kerja, lebih kepada di Semenanjung berbanding di Sarawak, terutama di Lembah Klang — tekanan pelbagai aspek.

Pengalaman terbaru ialah konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan. Saya yakin bahawa konsep ini mesti diagresifkan supaya semua lapisan masyarakat dapat digabungkan dan setiap rakyat dibawa terlibat sama. Memang ada unsur perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sendiri. Ini yang menyedihkan.

Konsep 1 Malaysia boleh dilaksaakan, boleh digunakan sebagai satu medium untuk menyatukan rakyat. Satu Malaysia bukan setakat kaum-kaum besar, malak melibatkan subkaum dalam setip kaum itu sendiri. Ia diperlukan untuk menyemai perpaduan yang lebih erat berbanding sebelum ini yang mana kita sendiri telah mengalami beberapa peristiwa akibat pecah belah, yang mana mengakibatkan kerugian buat semua.

* Hasshahari Johari Mawi  dari Sarawak mendirikan rumah tangga dengan warga Semenanjung dan berkhidmat sebagai peguam di Shah Alam.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi