Bahasa

Malaysia mahu Myanmar tangani isu keganasan dengan segera

Malaysia menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani keganasan berterusan antara kaum di negara itu.

Gesaan itu disuarakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-46 (AMM) di Bandar Seri Begawan, Brunei yang bermula semalam.

Satu kenyataan daripada Sekretariat Kebangsaan Malaysia-Asean, Kementerian Luar di sini hari ini, berkata Anifah menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap keganasan yang berterusan itu sambil berkata ia juga menjejaskan negara-negara jiran termasuk Malaysia.

Anifah juga menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil langkah perlu bagi membawa mereka yang terbabit melakukan keganasan ke muka pengadilan secara adil dan telus.

Menteri itu juga mahu mendapatkan persetujuan kerajaan Myanmar bagi membenarkan Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melawat Myanmar dan diberi kerjasama sepenuhnya bagi memenuhi mandatnya.

Anifah mengetuai delegasi Malaysia pada siri mesyuarat berkaitan Asean di Bandar Seri Begawan dari 29 Jun hingga 2 Julai.

Selain AMM ke-46, mesyuarat-mesyuarat lain termasuk Persidangan Pasca Menteri (PMC), Forum Serantau Asean ke-20, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ketiga. - Bernama, 30 Jun, 2013.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments