Bahasa

Malaysia maju sebab dasar kerajaan Barisan Nasional betul — Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia berada di landasan yang betul kerana dasar yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka. — Gambar failTan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia berada di landasan yang betul kerana dasar yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka. — Gambar failKANGAR, 7 Feb — Dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka meletakkan Malaysia pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dasar-dasar tersebut mewujudkan iklim ekonomi yang baik sehingga pelabur asing memilih Malaysia untuk membuat pelaburan.

“Dengan dasar yang jelas, keadaan dalam negara stabil dan tiada ganggu-gugat oleh kumpulan tertentu, pelabur asing memilih Malaysia untuk membuat pelaburan mencurah-curah.

“Malaysia hanya sebuah negara kecil tetapi nilai perdagangan kita mencecah RM1.4 trilion,” kata Muhyiddin semasa berucap pada perjumpaan bersama rakyat di Dewan 2020 di sini, sempena lawatan kerja sehari beliau di Perlis, hari ini.

Hadir bersama hampir 10,000 orang itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat serta dua bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan Datuk Seri Shahidan Kassim. — Bernama

 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.