Bahasa

Manifesto BN resahkan pembangkang, kata Shahidan

KANGAR, 8 April — Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam Sabtu meresahkan pembangkang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurutnya manifesto BN adalah sebuah aku janji yang pastinya akan dilaksanakan dan ia dilihat menakutkan pembangkang yang sebelum ini mencipta menifesto yang bertujuan meraih sokongan pengundi.

Bercakap kepada pemberita di Kampung Sentua dekat sini semalam, beliau berkata, manifesto bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” itu bagaikan pembentangan bajet untuk kebaikan rakyat.

“Manifesto BN adalah janji yang akan dikotakan berbanding manifesto pembangkang yang tanpa arah tuju,” katanya semasa menyertai program jelajah Puteri Umno bahagian Arau.

Shahidan, yang juga Ketua Umno Bahagian Arau, berkata perubahan yang didesak oleh pembangkang boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan.

Katanya, kerajaan pimpinan BN sentiasa melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat dan negara. Beliau berkata pembangunan negara akan lebih bermakna jika tiada orang yang bersikap buruk sangka terhadap segala pembangunan dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments