Bahasa

Manila gesa kumpulan bersenjata di Lahad Datu kembali ke Filipina

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. 

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Pada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah. 

Andal berkata aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina. — Bernama 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.