Manoharan tidak perlu kemuka surat tunjuk sebab kritik Chong Wei
PETALING JAYA, 7 Ogos — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan, tidak perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada parti atas kenyataannya mengkritik pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei di laman Twitternya kelmarin, kata Ketua Pemuda DAP.
Anthony Loke (foto fail) menjelaskan, Manoharan telah memohon maaf secara terbuka kepada Lee dan itu sudah memadai dan beliau berharap perkara itu tidak akan berbangkit.
“Manoharan sudah meminta maaf secara terbuka kepada (Lee) Chong Wei ... dan isu ini selesai, tidak berbangkit lagi,” katanya selepas Mesyuarat
Malam Ahad lalu, Manoharan telah mengeluarkan kenyataan di Twitternya sejurus selepas Lee tewas dalam penentuan juara dan naib juara dengan Lin Dan, dan mengatakan “Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY...”
Manoharan: Berharap permintaan maaf akan diterima. — Foto failMalah, Manoharan juga turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuatnya kerana ketika itu rakyat negara ini dilihat bersedih ekoran kegagalan Lee membawa pulang pingat emas pertama untuk negara.
“Saya tegaskan ini pendirian peribadi beliau dan tiada dalam DAP sendiri yang bersetuju dengan kenyataan tersebut,” tegas Loke ketika ditanya pemberita sama ada Manoharan akan diarah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada parti atas tindakan keterlaluannya itu yang telah menimbulkan kemarahan banyak rakyat negara ini.
“Ia tidak memberikan kesan kepada PR (Pakatan Rakyat) ... tapi kepada beliau sendiri,” tegasnya lagi.
Manoharan bagaimanapun telah mengemukakan permohonan maaf tengahari tadi menggunakan akaun Twitter sama kepada Lee dan keluarganya berhubung kenyataan beliau itu.
“Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima,” kata beliau menerusi laman mikro Twitter kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Wakil rakyat DAP itu turut menulis, “saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.”
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti berkenaan, Lim Kit Siang turut mengecam kenyataan Manoharan itu.
Lim Kit Siang menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi berkata, “selamat kembali ke tanah air kepada Lee Chong Wei, yang diberikan sambutan wira oleh kesemua rakyat Malaysia”.
“@mmanoADUN (Manoharan) akan memohon maaf atas komen yang tidak wajar mengenai final LCW-LD (Lee Chong Wei-Lin DanL,” katanya lagi.
Manoharan sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan kontroversi ekoran berniat mahu menukar Jalur Gemilang jika Pakatan Rakyat memerintah di laman Facebooknya kerana menurutnya bendera kebangsaan itu “terlalu bercirikan Barisan Nasional”.
Beliau telah memohon maaf tentang pandangan tersebut di laman Facebook miliknya dan telah menarik balik kenyataan itu.
“Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf jika komen saya mengenai bendera Malaysia itu telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua. Terima kasih,” katanya yang dibuat di laman tersebut.
Anthony Loke (foto fail) menjelaskan, Manoharan telah memohon maaf secara terbuka kepada Lee dan itu sudah memadai dan beliau berharap perkara itu tidak akan berbangkit.




