Bahasa

Mansuh pengharaman Al Kitab dalam ISA, komuniti Kristian gesa Najib

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 April — Persatuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan peruntukan pengharaman Al Kitab (Bible versi bahasa Melayu) untuk membuktikan pergerakan Kesederhanaan Global yang dianjurkannya.

Pertubuhan itu yang merupakan wakil kepada 90 peratus komuniti Kristian di negara ini mengingatkan perdana menteri agar tiga peruntukan lapuk sejak 20 tahun itu yang terdapat di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sedang melalui proses pemansuhan di Parlimen perlu dimansuhkan.

Peruntukan pertama yang telah ditandatangani pada Mac 1982 di bawah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penerbitan) (No.4) Arahan 1982, menghalang Al Kitab versi Indonesia yang diterbitkan oleh Lembaga Al Kitab Indonesia dan dicetak di Korea.

Arahan kedua pengharaman penerbitan buku bertajuk “Kalam Hidup”, terbitan Kalam Hidup (Kemah Injil Gereja Masehi Indonesia), dan “Perjanjian Baru” (New Testamen), diterbitkan dan dicetak oleh Lembaga Al Kitab Indonesia, pada 1983.

“Arahan pengharaman Al Kitab ini adalah prejudis terhadap keselamatan negara dan larangan penerbitan, percetakan, penjualan, dan edaran, dengan syarat ‘tidak seharusnya dilaksanakan demi untuk kegunaan di dalam gereja dan penggunaan oleh pengamal ajaran Kristian di seluruh Malaysia.’

Menurut Fasal 32, akta terbabit, apa-apa perintah akan terus berkuat kuasa walaupun pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Perkara ini tidak boleh diterima,” kata Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi CFm dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, undang-undang itu perlu dimansuhkan selari dengan tindakan Najib melaksanakan pembaharuan terhadap perundangan negara.

“Selagi undang-undang itu sebahagian daripada sistem perundangan Malaysia, ia akan mengurangkan kebencian dan niat jahat daripada kebebasan beragama di Malaysia,” tegas Ng.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi