Bahasa

MAS, Firefly menang anugerah jenama putra

KUALA LUMPUR, 25 April — Malaysia Airlines (MAS) dan anak syarikat milik penuhnya, Firefly, merupakan pemenang utama Putra Brand Award, anugerah penilaian jenama yang ditentukan menerusi pilihan pengguna.

MAS memenangi Emas untuk kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan manakala syarikat penerbangan komuniti, Firefly, memenangi Anugerah Harapan.

Melaporkan Bernama Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong Ming Choy, menerima anugerah masing-masing daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Saya memuji usaha petugas kami dalam penyampaian perkhidmatan yang konsisten dan cemerlang dan merealisasikan janji-janji Malaysia Airlines kepada pengguna,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.

“Menerusi usaha berterusan mereka, kami akan mencapai kejayaan dalam inisiatif pemulihan, selain memperoleh lebih banyak perakuan ke atas jenama, produk dan perkhidmatan kami,” memetik Bernama Online.

Pemenang diputuskan berdasarkan keputusan daripada kaedah kajian menyeluruh secara dalam talian ke atas kira-kira 6,000 pengguna di seluruh negara bagi memilih jenama pilihan Malaysia dalam 18 kategori.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.