Bahasa

MAS kekal disenaraikan, usaha dana pemulihan sendiri

Oleh Jahabar Sadiq
Editor
May 07, 2012

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Putrajaya tidak bercadang untuk menswastakan Malaysia Airlines (MAS) walaupun membatalkan pertukaran saham antara AirAsia dan Khazanah Nasional Berhad merasakan status penyenaraian akan memberikan syarikat pengankutan negara itu tamahan kewangan, kata sumber.

MAS mengalami kerugian RM2.52 billion tahun lalu termasuk peruntukan tambahan RM1 billion dan perlu mencari RM6 billion tahun ini bagi membiayai pesawat baru  Airbus A380 dan pesawat generasi baru Boeing B777 dan B737. Syarikat itu berkata ia akan mengeluarkan bon Islam bernilai RM3 billion tahun ini.

“Kerajaan tidak bercadang untuk menswastakan  MAS walaupun pegangan majoriti dikawal oleh Khazanah kerana mereka percaya dengan penyenaraian, ia akan memberikan syarikat itu dana kewangan,” jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

Khazanah, menguasai 69.34 peratus saham MAS dengan 9.1 peratus dimiliki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen terbesar negara. Jumaat lalu saham MAS ditutup pada RM1.24 sesaham, dua hari selepas sembilan bulan cadangan pertukaran saham itu dibatalkan.

Kegagalan pertukaran saham itu menyaksikan Khazanah memindahkan 10 peratus atau 277,650,600 sahamnya dalam AirAsia kembali kepada Tune Air Sdn Bhd, dan Tune Air memindahkan pegangan 20.5 peratus atau 685,142,000 pegangannya kepada MAS kembali kepada Khazanah.

Ia adalah transaksi tanpa wang tunai dan berdasarkan kadar sama pertukaran 2.05 berdasarkan harga pertukaran saham itu diumumkan pada Ogos 2011, yang mana nilai saham MAS adalah RM1.60 sesaham dan AirAsia pada RM3.95.

Terdapat spekulasi mengatakan MAS akan diswastakan bagi menampung kos yang besar sehingga mencecah RM5 juta sehari, dipetik memo dalaman yang dilihat The Malaysian Insider.

Dalam laporan audit yang diserahkan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, MAS berkata mereka telah menyimpan RM 1 billion daripada institusi kewangan dalam negara, dilihat sebagai pinjaman sehingga ia mendapatkan dana untuk membiayai pesawatnya.

“Ada keperluan untuk tindakan meningkatkan modal, namun pengurusan MAS dan Khazanah yakin akan berjaya melakukannya tanpa menswastakan syarikat tersebut,” kata sumber terbabit.

Bagaimanapun, sumber itu menambah MAS perlu melihat semula struktur kosnya walaupun antara terendah di rantau ini dengan kos kerusi setiap kilometer (CASK) pada harga 26 sen sedangkan keuntungannya setiap kerusi bagi satu kilometer (RASK) adalah 20 sen, kadar terendah di rantau ini.

Pesaing seperti Cathay Pacific dan Singapore Airlines beroperasi dengan kos yang lebih tinggi namun mendapat keuntutngan daripada operasi mereka daripada hub aviasi, bukan seperti KLIA yang bukanlah hub aviasi antarabangsa.

Cathay Pacific memperolehi RASK sebanyak 32.2 sen dan SIA adalah 31.8 sen kerana kelas pertama dan perniagaan.

MAS dijangkakan akan mendapat keuntungan apabila pesawat jimat bahan mentah Airbus A380 mula beroperasi Julai ini, selepas kerusi kelas perniagaan ditambah daripada 40 kepada 66.

Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof berkata kepada The Star minggu lalu syarikat penerbangan itu tidak akan bersaing dengan pasaran kos tambang murah, kerana percaya mereka mampu menguasai pasaran dengan menyediakan khidmat pesawat premium. “Kelas pertengahan kami sedang berkembang pesat. Jadi ada permintaan,” katanya.

Md Nor turut menjelaskan, pihaknya juga perlu “meningkatkan jualan, dan itu sangat mustahak. Kami perlu turunkan kadar CASK dan meningkatkan RASK. Kami perlu memenuhkan kerusi. Kadar biasa adalah 70 peratus dan perlu ditingkatkan kepada 80 prt vrny, kami sudah mendapatkan jumlah itu, tapi akan terus berusaha lagi”.

Namun, Md Nor berkata Firefly mungkin akan meneruskan operasi turboprop mereka.

“Kami sedang meneliti keperluan dengan turboprop dan memenuhkan pesawat. Selain itu, Firefly juga boleh dijenamakan semula. Ia adalah salah satu cadangan dan perlu dikaji sama ada mampu terbang lebih 1.5 jam (kadar). Ia berada di bawah strategi serantau kami,” katanya.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi