Bahasa

Masalah logo roket DAP meningkatkan populariti bulan PAS dalam PRU13, kata penganalisis

Oleh Jahabar Sadiq,
Pengarang

April 20, 2013

Lim Guan Eng bercakap mengenai isu logo di dalam sidang akhbar baru-baru ini. - Gambar oleh Steven OoiLim Guan Eng bercakap mengenai isu logo di dalam sidang akhbar baru-baru ini. - Gambar oleh Steven OoiKUALA LUMPUR, 20 April — Kesediaan DAP untuk menggunakan logo bulan PAS dalam Pilihan Raya 2013 kerana masalah perundangan boleh memberikan peningkatan penerimaan bukan Melayu terhadap parti Islam itu yang selama ini ditakuti kerana imej konservatif, kata penganalisis. 

Langkah DAP itu dilihat sebagai berani dan bersejarah oleh kerana kedua-dua parti itu pernah berpecah lebih sedekad dahulu kerana pelaksanaan undang-undang Islam keras di Terengganu yang menyebabkan parti sosialis itu dihukum oleh masyarakat Cina pada pilihan raya 2004 kerana bersekutu dengan PAS. 

Tidak lama lagi pada pukul 10 pagi hari ini parti itu akan mengetahui sama ada boleh menggunakan logo Roket ataupun terpaksa menggunakan logo PAS dan PKR di semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur apabila calon mereka memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya 5 Mei. 

Walaupun kesan keputusan DAP masih belum dirasai di bawah, penganalisis berkata langkah itu menyebabkan gabungan longgar ketiga-tiga parti untuk mendapatkan logo biasa yang dikenal pasti menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). 

“Keputusan tersebut akan menyebabkan dua kemungkinan. Pertama kemungkinan ia menyebabkan pengundi berpotensi melarikan diri dari DAP. 

“Satu lagi terdapat juga kemungkinan symbol bulan menjadi satu logo, yang mewakili lebih dari satu parti,” kata Dr Farish A Noor kepada The Malaysian Insider

Tiga parti — DAP, PAS dan PKR — menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum 2008 apabila mereka bersetuju untuk tidak lawan diantara satu sama lain. Pakatan itu masih lagi belum menjadi formal dan tidak mempunyai logo bersama walaupun mereka bekerjasama rapat. 

DAP akan bertanding di 51 kerusi parlimen dan 103 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara dan sekutunya bertanding selebihnya daripada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN bermula hari ini. 

Keputusan mengenai logo datang 48 jam sebelum hari Penamaan Calon hari ini apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) menulis surat kepada DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan sekarang oleh kerana terdapat aduan kecacatan dalam pemilihan parti Disember lepas. Pimpinan parti membuat kesimpulan tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan calon bagi menggunakan simbol berdaftar mereka dalam Pilihan Raya 2013. 

“Jika itu berlaku, Pakatan Rakyat sekarang mempunyai simbol mewakili semua oleh kerana simbol tersebut bukan sahaja mewakili PAS tetapi turut mewakili sekutunya,” kata Farish, merujuk kepada logo bulan PAS yang digunakan di semenanjung Malaysia. 

“Bulan sekarang setaraf dengan dacing,” tambah beliau, merujuk kepada logo bersama BN. BN mewakili 13 parti komponen diketuai oleh parti Umno Datuk Seri Najib Razak. 

Profesor Universiti Monash Malaysia Prof Dr James Chin mengatakan langkah RoS itu akan menyebabkan “simpati besar undi untuk DAP,” dan menambah pengundi akan melihat ianya sebagai satu gangguan. 

Beliau mengakui terdapat segelintir daripada pengundi Cina akan enggan untuk mengundi logo bulan PAS kerana ia merupakan simbol kepada undang-undang Islam dan sekatan sosial akan tetapi mengatakan mereka sudah mula mengubah fikiran sepanjang dekad yang lalu. 

“Jadi sekarang DAP boleh mengatakan mereka sudah mendarat di bulan dan kumpulan ini akan menyokong gabungan dan bukan simbol,” kata Chin, dan menambah analisis pengundi Cina tua tidak akan menyokong PAS “tidak lagi sah”. 

Beliau juga mengakui PAS menggunakan kad negara Islam pada 1999 dan 2004, menyebabkan kehilangan sejumlah undi akan tetapi sekarang mereka sudah berubah ke model negara berkebajikan Islam yang lebih menarik ramai penyokong. 

“Bahaya sebenar adalah selepas pilihan raya jika calon menggunakan logo bulan menang besar. Secara rasminya nanti PAS akan mempunyai jumlah kerusi lebih besar berbanding PKR untuk menentukan kepimpinan gabungan itu,” kata Chin. 

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan langkah DAP untuk menggunakan logo PAS sebagai “detik bersejarah” bagi partinya mengatakan langkah tersebut menyebabkan hilangnya ketakutan terhadap Islam di Malaysia. 

“Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!” katanya, merujuk kepada simbol roket DAP dan logo bulan. 

Sesetengah ahli DAP juga mengatakan langkah ini boleh membantu parti dikuasai Cina itu untuk mendapatkan lebih banyak undi dari populasi majoriti Melayu. 

“Ini akan menjadi pengubah permainan,” kata ahli strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming dipetik berkata di Wall Street Journal dan menambah “Kami menjangkakan bukan Melayu melihat langkah BN menafikan hak untuk menggunakan simbol parti. Berkempen di bawah bendera PAS akan membantu kami mendapatkan lebih banyak undi Melayu.” 

Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi berdaftar di luar negara, layak mengundi bagi pilihan raya umum ke 13 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah semenjak 1969.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi