Bahasa

Masyarakat Siam adakan upacara doa selamat untuk wira negara

Sepuluh anggota keselamatan terbunuh sejak insiden pencerobohan itu bermula 12 Februari lepas. – Gambar failSepuluh anggota keselamatan terbunuh sejak insiden pencerobohan itu bermula 12 Februari lepas. – Gambar fail

TUMPAT, 17 Mac — Kira-kira 300 orang masyarakat keturunan Siam termasuk 63 sami Buddha dari seluruh Kelantan malam tadi mengadakan majlis doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia berikutan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Acara satu jam 40 minit di Wat Siam Kampung Bunohan di sini diketuai Pengerusi Majlis Sangkha (Sami) Negeri Kelantan Phark Vicharn Vitthukhun, turut mendoakan keselamatan wira negara yang sedang berjuang mempertahan negara susulan insiden pencerobohan militan Sulu itu.

Ia dianjurkan Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, KC Ngiam a/p Eh Kuan berkata ia diadakan sebagai tanda simpati dan prihatin masyarakat keturunan Siam terhadap wira negara yang gugur dan yang sedang berjuang mempertahankan negara.

“Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan supaya semua pihak tanpa mengira fahaman, anutan agama, bangsa dan keturunan, turut bertanggungjawab dalam mempertahan keamanan dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Ngiam, yang juga Ketua Umno Cawangan Kubang Bemban, Tumpat, berkata penganjuran majlis itu juga selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawa kerajaan.

Sepuluh anggota keselamatan terbunuh sejak insiden pencerobohan itu bermula 12 Feb lepas. – Bernama

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments