Bahasa

Mayat lelaki ditemui di lombong berhampiran PPR Kampung Muhibbah, Puchong

July 15, 2012

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Satu mayat lelaki ditemui terapung di lombong berhampiran kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong, dekat sini, pada kira-kira 7 malam ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditemui berpakaian, dipercayai telah mati kira-kira dua hari lepas berdasarkan keadaan perut mangsa yang sudah kembung.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak dicederakan atau mempunyai kesan diikat, dan polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati akibat terjatuh ke dalam lombong semasa berjoging.

“Buat masa ini, kita tidak jumpa dompet serta kad pengenalan mangsa. Kita masih menyiasat sama ada mangsa warga tempatan atau asing,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi