Bahasa

Maznah tidak kisah dianggap calon ‘underdog’

October 05, 2013

Calon ketua Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan (gambar) tidak kisah dianggap sebagai calon "underdog" dalam pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober depan. Ini kerana katanya keputusan ditentukan oleh perwakilan akar umbi.

"Sekarang ini semua calon ada peluang untuk mendekati perwakilan menerusi majlis yang dianjurkan oleh Umno di setiap negeri dan bagi saya ini ialah peluang sama rata untuk setiap calon berjumpa dengan perwakilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai semakin ramai ketua Wanita Umno negeri menyatakan sokongan kepada penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jawatan ketua Wanita Umno menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara Shahrizat, Maznah dan anggota seumur hidup Umno, Raihan Suleiman. – Bernama, 5 Oktober, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi