MB Kedah hadir majlis sambutan Aidilfitri negeri
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak muncul semalam di majlis sambutan Aidilfitri PAS negeri semalam walaupun diarah berada di hospital, lapor akhbar Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata Azizan telah meminta kebenaran doktor untuk menghadiri majlis tersebut.
Azizan (gambar), yang kini berusia 72 dilaporkan telah pulang ke Pusat Perubatan Kedah di Alor Setar selepas menghabiskan kira-kira setengah jam di rumah terbuka tersebut.
Pada 31 Ogos, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Azizan telah dimasukkan ke hospital selepas pitam ketika musin Ramadhan.
Azizan juga diarahkan berada di hospital untuk pemerhatian lanjut, Mustafa berkata mesyuarat exco negeri turut diadakan di hospital sekiranya perlu.
Penghujung Ogos lalu, Azizan telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sakit dada.
Menteri Besar Kedah itu turut mempunyai sejarah darah tinggi dan arteri yang tersumbat.
Keadaan kesihatan Azizan itu telah menimbulkan spekulasi beliau akan dipaksa berundur atas faktor kesihatannya, namun beliau menafikan spekulasi terbabit dan akan meneruskan tugasnya.
Pilihan raya umum yang harus dilakukan menjelang April 2013 apabila mandat Barisan Nasional (BN) akan tamat.
Kedah adalah salah satu daripada lima negeri yang BN tewas pada 2008, termasuk Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan.
Negeri itu kemudiannya menjadi fokus untuk ditawan semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu telah mengadakan lawatan ke negeri berkenaan dan menggesa ahli Umno untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak muncul semalam di majlis sambutan Aidilfitri PAS negeri semalam walaupun diarah berada di hospital, lapor akhbar Cina Sin Chew Daily.



