Bahasa

MB Pahang pertahankan kerusi DUN Pelangai, tampilkan 12 muka baharu






Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur. Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera. Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu.

Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang DUN Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang DUN Bukit Ibam). Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang DUN Kuala Sentul) dan muka baru, Nurhidayah Mohamad Shahaimi (DUN Luit). Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments