Bahasa

MB:‘Calon BN Pahang muktamad, tapi boleh ubah’

KUANTAN, 30 Mac — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, BN negeri menyerahkan senarai nama calon akhir untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Boleh dikatakan senarai itu muktamad, tetapi tidak mustahil berlaku pertukaran sehingga hari penamaan calon," katanya dan menurutnya pertukaran calon pernah berlaku di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Pahang di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini hari ini.

Mengenai pembubaran Parlimen, Menteri Besar Pahang itu berkata: "Beliau (Perdana Menteri) adalah seorang yang teliti dan berhati-hati dan saya percaya banyak perkara yang diambil kira oleh beliau sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen." — Bernama

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments