Bahasa

MCA bukan hanya untuk orang kaya, kata Soi Lek kepada MTUC

Oleh Zurairi AR
February 01, 2013

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat MCA menyokong implementasi gaji minima, tetapi menyokong itu termasuk dengan levi dan pengangkutan serta penginapan yang perlu ditanggung oleh pekerja asing. — Gambar oleh Choo Choo MayPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat MCA menyokong implementasi gaji minima, tetapi menyokong itu termasuk dengan levi dan pengangkutan serta penginapan yang perlu ditanggung oleh pekerja asing. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 1 Feb — MCA mencabar Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuktikan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mengenepikan golongan berpendapatan rendah dengan tuntutan mereka ke atas pekerja asing.

MTUC semalam mengkritik parti tersebut kerana menuntut levi, dan termasuk pengangkutan dan elaun penginapan harus ditanggung pekerja asing, di mana badan kesatuan sekerja terbesar Malaysia itu menganggap sebagai satu diskrimikasi.

“MCA tidak bersetuju dengan tuduhan MTUC bahawa MCA hanya bersuara untuk golongan kaya,” kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan.

Dr Chua berpendapat MCA menyokong implementasi gaji minima, tetapi menyokong itu termasuk dengan levi dan pengangkutan serta penginapan yang perlu ditanggung oleh pekerja asing.

Beliau turut menegaskan pemotongan tersebut tidak termasuk pekerja tempatan bagi memastikan pekerja asing tidak mendapat lebih dari pekerja tempatan selepas implementasi gaji minima.

MCA mengatakan dengan membayar gaji minima bersama elaun mereka boleh menyebabkan pemilik-pemilik industri kecil dan sederhana (IKS) akan gulung tikar, menyebabkan pekerja kehilangan kerja.

Pada Selasa lepas, lebih dari 100 ahli dari persatuan perniagaan memprotes gaji minima RM900 kepada pekerja asing.

Mereka menggelarkan diri sebagai Jawatankuasa Implementasi Gaji Minima, ahli dari 57 persatuan di seluruh Malaysia berhimpun di hadapan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.

Majoriti darinya kaum Cina, menegaskan mereka tidak menentang implementasi gaji minima, sebaliknya ia sepatutnya hanya untuk rakyat Malaysia dan tidak termasuk pekerja asing.

MTUC semalam membidas kerajaan kerana mengembalikan undang-undang levi berusia 21 tahun yang perlu diabyar oleh pekerja asing, kerana menurut mereka ia mendiskrimikasi pekerja asing dan akan membuat aduan rasmi kepada Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).

Setiausaha agungnya Abdul Halim Mansur menuduh MCA memburukkan keadaan dengan berulang kali memohon menarik semula elaun kediaman dan pengangkutan untuk pekerja asing selepas levi itu dikuatkuasakan.

Levi untuk pekerja asing diperkenalkan pada tahun 1992 dan dibayar oleh pekerja asing sehingga 2009 apabila kerajaan bercadang mengalihkan beban tersebut kepada majikan untuk menggalakkan pekerja asing datang ke negara ini

Tenaga kerja di Malaysia berjumlah 13 juta, dan empat juta daripadanya adalah pekerja asing, menurut Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan semalam oleh portal beritaThe Star Online.

Kadar pengangguran di Malaysia turun tiga peratus tahun lalu tetapi terdapat ratusan ribu graduan masih belum mendapat kerja.

Pada kajian yang dibuat pada tahun 2011 oleh syarikat pencarian kerja Asia Tenggara, Jobstreet mendapati 64 peratus majikan menolak graduan yang baru keluar dari universiti kerana permintaan gaji yang tidak munasabah ketika temuduga.

60 peratus majikan berkata mereka menolak untuk mengambil graduan kerana personaliti, sikap dan karektor.

Tetapi dengan kebanjiran pendatang asing di Malaysia masih lagi di sektor pembinaan dan perladangan, dimana pekerja tempatan enggan untuk bekerja, yang mahukan pekerjaan kolar putih untuk kerajaan mentransformasikan negara menjadi sebuah negara yang ekonominya berasaskan pengetahuan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi